Sabtu, 30 November 2013

Berbanggakah kita pemimpin macam ni?

Lihatlah aksi pemimpin ini (gambar) … Jelas sekali beliau makan durian dengan menggunakan sudu,, bukan tangan.   Alahai ! nampak manja !  namun sebenar ia kelihatan amat janggal. Seumur hidup teman belum pernah lagi teman berjumpa dengan aksi seperti ini .. makan durian dengan sudu. Amat tidak sesuai budaya baru yang cuba dibawa oleh pemimpin ini !

 

Apakah ini merupakan pemimpin Melayu yang benar-benar tulin ,,, mempunyai jati diri,,  berjiwa Melayu, berbudaya Melayu dan pandai menyantuni rakyat?  Apakah beliau ini benar-benar Melayu? Atau Melayu yang sudah lupa asal usulnya?  Kalau benarlah ini PM kita,,  teman tak terkejut pun !  Anak bangsawanlah katakan !  Ruang lingkup hidupnya memang dipenuhi dengan kemanjaan dan seribu kemewahan. Jauh sekali untuk mengenal erti kesusahan dan keperitan 


Memegang isi durian yang lembik mungkin bagi nya sesuatu yang tak perlu atau perlu dielakkan…  Isy isy isy.. agaknya macam manalah kalau dia memijak atau memegang lumpur di sawah.  Macam mana lah agaknya kalau beliau menghidu bau racun serangga atau baja-bajaan termasuk baja taik lembu.  Ini belum lagi kalau memegang atau menghidu getah beku yang telah berhari-hari disimpan,, tentu sekali menyiksa hidungnya                                     

Hakikatnya,  kalaulah seseorang pemimpin itu mahu mendekati rakyat atau petani di kampong tak perlulah takut kepada lintah dan lumpur.  Samalah macam durian,, kalau nak makan isinya,, jangan takut atau malas nak pegang. Berbanggakah kita mempunyai pemimpin yang semacam ini?  Pemimpin yang sudah hilang jati diri dan sudah  hilang warisan budaya !! -   rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan