Selasa, 22 April 2014

Akhirnya Anwar Mengalah Kepada Wan Azizah..

Sumber : Zakri Ali           Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.
Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.
Johari berkata, JPP menerima surat minggu lalu daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang. Ketika sidang media (JPP) terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri.  Tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian saudara Karpal dan kes mahkamah lain (menyebabkan ia tidak diumumkan),"  

Ahad, 20 April 2014

Saifuddin: Tiada halangan kami duduk semeja


KUALA LUMPUR - "Saya amat yakin boleh duduk semeja dan bekerjasama dengan Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walau apapun keputusan parti," demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, walaupun beliau tidak terpilih menggalas jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini, namun ia tidak menghalang beliau daripada meneruskan tugas berhubung dan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pemimpin tersebut.

"Perbezaan saya dengan Abdul Khalid hanya polisi, kalau ada perbezaan pandangan saya akan sampaikan, dia (Abdul Khalid) pun tahu.

"Persamaan saya dengan Azmin pula dari segi kami kongsi pengalaman bersama seawal penubuhan Keadilan ditubuhkan dan terlibat sama dalam program rasmi parti," katanya kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada siri kempennya di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keupayaan beliau menandingi jawatan Timbalan Presiden yang dilihat tidak mempunyai kepentingan terhadap isu menteri besar dan wakil rakyat.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata persamaan keupayaannya dengan Abdul Khalid dari segi skil kemanusiaan menjadikan beliau mudah berhubung dan berbincang sama ada untuk kepentingan parti atau kerajaan negeri.

"Saya antara pemimpin senior parti yang masih diberikan tugasan oleh pimpinan parti untuk jumpa dengan Abdul Khalid menyampaikan apa-apa keputusan parti ketika dia tidak datang mesyuarat.

Sabtu, 19 April 2014

Hannah: Sidang Dun Selangor kali ini unik

Sumber : Sinar Harian        SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh hari ini menyatakan bahawa dua perkara unik telah berlaku sepanjang  persidangan Dun berlangsung.

Menurutnya dua perkara unik tersebut ialah, mengenai Dun membenarkan pembangkang (BN) membawa dua usul tergempar.

"Dua perkara unik telah berlaku dalam sidang Dewan kali ini.

"Untuk pertama kalinya, kami membenarkan pembangkang membawa usul tergempar, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias (Adun Sungai Burong,BN)  membawa usul mengenai penggesaan menghentikan catuan air, walaupun ia dipersetujui untuk dibahaskan namun ia akhirnya tidak dipersetujui dewan.

"Kedua adalah usul Comango. Pembangkang selalu buat kenyataan kerajaan selalu tolak dan membenarkan usul itu dibahaskan. Semalam kita benarkan, namun sekali lagi jelas ia tidak perlu untuk kerajaan negeri ambil pendirian kerana ia dibawa oleh NG0, dan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.

"Saya mahu semua pihak nampak, jika ada isu kita tidak perlu takut menghadapinya dan boleh dibahaskan.

"Saya gembira dengan kematangan dari pihak Pakatan dan BN. Mereka boleh membahaskan isu-isu tersebut tanpa wujud kekecohan walaupun kedua-dua usul tidak dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas persidangan berhenti rehat, hari ini