Ahad, 20 April 2014

Saifuddin: Tiada halangan kami duduk semeja


KUALA LUMPUR - "Saya amat yakin boleh duduk semeja dan bekerjasama dengan Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walau apapun keputusan parti," demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, walaupun beliau tidak terpilih menggalas jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini, namun ia tidak menghalang beliau daripada meneruskan tugas berhubung dan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pemimpin tersebut.

"Perbezaan saya dengan Abdul Khalid hanya polisi, kalau ada perbezaan pandangan saya akan sampaikan, dia (Abdul Khalid) pun tahu.

"Persamaan saya dengan Azmin pula dari segi kami kongsi pengalaman bersama seawal penubuhan Keadilan ditubuhkan dan terlibat sama dalam program rasmi parti," katanya kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada siri kempennya di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keupayaan beliau menandingi jawatan Timbalan Presiden yang dilihat tidak mempunyai kepentingan terhadap isu menteri besar dan wakil rakyat.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata persamaan keupayaannya dengan Abdul Khalid dari segi skil kemanusiaan menjadikan beliau mudah berhubung dan berbincang sama ada untuk kepentingan parti atau kerajaan negeri.

"Saya antara pemimpin senior parti yang masih diberikan tugasan oleh pimpinan parti untuk jumpa dengan Abdul Khalid menyampaikan apa-apa keputusan parti ketika dia tidak datang mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan