Isnin, 7 April 2014
“BN mahu nyahkan Anwar,” kata Saifuddin
Sumber : Harakah MUAR: Selagi batang tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas di pentas politik negara, selagi itu BN tidak akan senang duduk, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Beliau menjelaskan, Anwar bagi BN adalah ancaman paling besar, yang boleh menamatkan kekuasaan parti itu jika karier politik Ketua Pembangkang itu tidak dimatikan. Sebab itu katanya, pelbagai fitnah cuba dibuat ke atas Anwar, hanya semata-mata mahu Anwar nyah dari politik negara ini.
"Sudah 16 tahun, tajuk liwat itu masih berjalan lagi. Ini bukan soal fitnah itu, tapi dia nak Anwar nyah dari dunia ini," katanya sambil menambah ketakutan sebenar BN kepada Anwar adalah kerana beliau sudah ‘mengubah’ jutaan rakyat pada PRU13 lalu. Saifuddin berkata demikian pada ceramah Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini, malam tadi.
Turut berucap Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub, serta Penasihat DAP Lim Kit Siang. Menurut Saifuddin lagi, BN semakin lemas dengan sokongan rakyat terhadap PAS, PKR dan DAP. Bukan sahaja menang undi popular pada PRU13 tetapi sokongan Melayu yang meningkat pada PRK Kajang lalu turut membuatkan BN hilang punca untuk berdepan PRU14 nanti.
"Kalau Anwar tak ada, barangkali tak ada lagi barang naik, tak ada lagi subsidi dipotong, tak ada lagi kapal terbang hilang sebab tak ada lagi kapten yang kenal Anwar. Mereka ni nak kita faham begitu," kata Saifuddin sinis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan