Ahad, 13 April 2014

Pembangkang fitnah kerajaan isu MH370

\

Sumber : Sinar Harian                      PUTRAJAYA - Rakyat diminta tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembangkang telah melontarkan pelbagai fitnah termasuk membuat spekulasi tidak berasas terhadap kerajaan dalam mengendalikan isu MH370.

"Perbuatan ini akan mengucar-kacirkan negara dan pada masa sama mencemarkan nama baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya pada perasmian surau Al-Falah di Presint 9, di sini, malam ini.
Fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang itu merupakan perkara ditegah dalam ajaran Islam, jadi rakyat perlu melakukan penilaian, kata Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan menasihati penduduk setempat tidak menyalahgunakan surau yang disediakan oleh pihak kerajaan di Presint 9 dan mengelakkan rumah ibadah itu digunakan untuk tujuan menyebarkan berita palsu.- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan