Bukit Gelugor kubu kuat DAP
Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Adalah sukar bagi BN
menggugat kedudukan DAP di Parlimen Bukit Gelugor memandangkan parti itu
berjaya memperoleh majoriti undi selesa pada PRU13 lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof
Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen
itu dan ternyata mereka berjaya meningkatkan majoriti undi sejak 2004.
“Peningkatan majoriti yang mendadak membuktikan rakyat di kawasan itu menerima
baik pimpinan DAP yang diterajui oleh Karpal Singh.
“Pada 2004, Karpal berjaya memperoleh majoriti undi sebanyak
1,261 undi. Beliau terus mendapat sokongan baik apabila menang selesa dengan
majoriti besar iaitu 42,706 undi pada PRU13 lalu,” katanya, semalam.
Menurut Sivamurugan, bukan sahaja sokongan rakyat terhadap parti menjadi
faktor kemenangan DAP dalam PRK kali ini, tetapi faktor kematian Karpal
yang tragis juga boleh menarik undi simpati orang ramai.
Katanya, soal calon bukan masalah besar buat DAP kerana siapa pun yang
diletakkan, parti itu mempunyai peluang cerah.
Sivamurugan turut berpendapat adalah baik BN tidak meletakkan calon mereka kali
ini dan lebih memfokuskan sasaran untuk PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika BN tetap mahu meletakkan calon, medan PRK
kali ini boleh menjadi batu ukuran buat mereka khususnya MCA dari segi
peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.
“Di atas kertas peluang BN tipis, hanya bergantung pada bagaimana DAP mengurus
isu berbangkit,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan