Sumber
: Sinar Harian PETALING JAYA - [Dikemaskini] Pengarah
Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul hari ini mengesahkan
jawatan presiden parti itu kekal ditandingi oleh Datin Seri Dr Wan Azizah dan
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemilihan kali ini. Manakala jawatan timbalan presiden pula,
hanya dua calon sahaja yang menarik diri iaitu Chua Tian Chang dan S.Murali.
"Sehingga
hari ini, pertandingan jawatan presiden kekal dua orang, timbalan presiden pula
tinggal empat orang iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk K.Ramachandram," katanya kepada
pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Johari memaklumkan Elizabeth Wong yang juga Adun Bukit Lanjan turut menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden PKR. Jawatankuasa itu penerima 16 pencalonan untuk kerusi berkenaan.
Bagi jawatan di Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula menyaksikan Hamidi Abu Hassan dan Low Chee Chong menarik diri daripada 78 pencalonan.
Sementara di peringkat wanita PKR pula, seorang calon, Sheila Christine Devaraj menarik diri menjadikan jumlah pertandingan sebanyak 29 orang, manakala di peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK), tiada sebarang penarikan diri oleh calon. Johari menambah, mana-mana calon yang bertanding masih mempunyai masa untuk menarik diri sebelum atau pada 15 April ini dan wang deposit mereka akan hangus jika lewat berbuat demikian.
"Wang deposit mereka akan hangus kerana selepas 15 April, JPP akan hantar nama dan gambar mereka untuk dicetak di kertas undi dan borang pemakluman bertanding di semua cabang seluruh negara," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan