Sumber
: Sinar Harian SHAH
ALAM - Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh hari ini menyatakan bahawa dua perkara
unik telah berlaku sepanjang persidangan Dun berlangsung.
Menurutnya dua perkara unik tersebut ialah, mengenai Dun membenarkan pembangkang
(BN) membawa dua usul tergempar.
"Dua perkara unik telah berlaku dalam sidang Dewan kali ini.
"Untuk pertama kalinya, kami membenarkan pembangkang membawa usul
tergempar, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias (Adun Sungai
Burong,BN) membawa usul mengenai penggesaan menghentikan catuan air,
walaupun ia dipersetujui untuk dibahaskan namun ia akhirnya tidak dipersetujui
dewan.
"Kedua
adalah usul Comango. Pembangkang selalu buat kenyataan kerajaan selalu tolak
dan membenarkan usul itu dibahaskan. Semalam kita benarkan, namun sekali lagi
jelas ia tidak perlu untuk kerajaan negeri ambil pendirian kerana ia dibawa
oleh NG0, dan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.
"Saya mahu semua pihak nampak, jika ada isu kita tidak perlu takut
menghadapinya dan boleh dibahaskan.
"Saya gembira dengan kematangan dari pihak Pakatan dan BN. Mereka boleh
membahaskan isu-isu tersebut tanpa wujud kekecohan walaupun kedua-dua usul
tidak dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas persidangan berhenti
rehat, hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan