Sumber : Harakah PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa memutar belitkan kenyataan
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kehilangan pesawat
MH370.
Menurut
Anwar, kenyataan sebenar beliau sebagaimana dilaporkan akhbar China Sourthen
Weekly menjelaskan beliau akan mengambil masa satu saat untuk membuat keputusan
apakah tindakan yang perlu diambil demi keselamatan rakyat bukannya
menyelesaikan
Bagaimanapun
Najib di dalam Bernama semalam melaporkan Anwar dikatakan mampu menyelesaikan
misteri kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam sesaat.
"Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen
Weekly. Seperti biasalah senjata fitnah Umno ialah menyerang dan tidak rujuk
kepada kenyataan sebenar," tegas Anwar dalam sidang media di Ibu pejabat
PKR, Tropicana hari ini.
Bernama memetik kenyataan Anwar dalam media China Southern Weekly pada 5 April
yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri. Tegas Anwar dalam isu ini Najib dan Datuk
Seri Hishammuddin Hussein wajar menjawab soal pokok mengapa radar Markoni yang
dipasang tidak dapat mengenal pasti pesawat pada jam satu pagi kemudian
berpatah balik.
"Macam mana lima negeri tidak dapat kesan? Ini satu kesalahan dan kecuaian
yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Mengapa radar ratusan juta di Gong
Kedak gagal? Radar itu akan dapat
mengesan, dan keluar isyarat lampu merah berulang kali dalam tempoh tiga minit
akan sampai ke ruang TUDM berdekatan. Kemudian jet ini akan tengok keadaan dan
iring pesawat untuk mendarat di mana-mana lapangan terbang," kata Ketua Pembangkang itu.
Malangnya kata beliau, pemimpin Umno sibuk mencari kekayaan sehingga lupa
keselamatan negara terancam.
"Apa kata pesawat itu, ambil keputusan untuk serang?Jawab TUDM ini pesawat
komersial. Dia lupa peristiwa 11 September pesawat komersial yang
terlibat," katanya. Beliau turut
mempersoalkan mengapa sehingga kini kerajaan belum mendapat maklumat kargo yang
sedang dipertikaikan kerana muatan empat tan manggis kononnya dari Muar.
"Adakah masyarakat dunia terima kenyataan ada empat tan manggis diluar
musim?Tidak tahulah ada gudang besar yang simpan manggis," bidas
Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan