Jumaat, 30 Mei 2014
Selasa, 27 Mei 2014
Ahad, 18 Mei 2014
Sabtu, 17 Mei 2014
Jumaat, 16 Mei 2014
Khamis, 15 Mei 2014
Jumaat, 9 Mei 2014
Khamis, 8 Mei 2014
Rabu, 7 Mei 2014
Selasa, 6 Mei 2014
DAP umum calon Bukit Gelugor Sabtu ini
Sumber : Sinar Harian GEORGETOWN - DAP akan mengumumkan calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Sabtu ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pengumuman calon itu akan dibuat ketika perasmian bilik gerakan DAP sempena PRK itu di No 26 M, Jalan Masjid Negeri, di sini pada 12 tengah hari.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung calon berkenaan.
"Kami mempertimbangkan lima calon yang dicadangkan jawatankuasa. Kami memberi keutamaan kepada calon yang dicadangkan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang. Kami tidak boleh bercakap mengenai siapa calon itu, sila tunggu sehingga 12 tengah hari, Sabtu," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bersama jawatankuasa DAP negeri dan pusat, di sini, hari ini.
Sebelum ini, DAP Pulau Pinang menyenarai pendekkan lima nama calon bagi PKR Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan 25 Mei ini.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.
Penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei dan hari pengundian pada 25 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei.
Pengerusi DAP itu memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama
Isnin, 5 Mei 2014
MCA bankrap prinsip, tidak bertulang belakang
Sumber : Sinar Harian SEREMBAN - Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyifatkan keputusan MCA untuk menyertai semula Kabinet, semalam jelas menggambarkan parti berkenaan sudah bankrap prinsip dan tidak bertulang belakang.
Menurut beliau, keputusan diumumkan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sama sekali bertentangan dengan janji mereka sebelum ini yang enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, ekoran kekalahan teruk dalam PRU13 lalu.
“Lihatlah betapa hipokritnya parti ini. Mereka langsung tidak ada pendirian dan hanya gilakan jawatan kerajaan, terutama Menteri dan Timbalan Menteri, walhal masyarakat Cina yang mahu diwakili sudah pun menolak MCA sejak awal-awal lagi.
“Secara tidak langsung, tindakan tersebut membuktikan bahawa mereka hanya berpolitik demi kepentingan diri sendiri dan bukannya atas prinsip perjuangan untuk membela nasib kaum Cina di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Kata Loke, beliau tidak nampak sebarang kesan positif daripada kemasukan semula MCA dalam Kabinet terhadap masyarakat, khususnya kaum Cina.
“Hakikatnya, MCA sudah tiada tempat dalam BN yang dikuasai Umno. Kemampuan parti ini untuk mempengaruhi dalam dasar kerajaan cukup terhad, memandangkan suara mereka langsung tidak didengari.
Lagipun, kata beliau, MCA sememangnya tidak layak menyertai semula Kabinet berikutan kredibiliti parti itu telah tercalar dalam PRU13 lalu yang menyaksikan masyarakat Cina sudah hilang keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan mereka.
Ahad, 4 Mei 2014
Khamis, 1 Mei 2014
Rabu, 30 April 2014
Selasa, 29 April 2014
DAP senarai pendek 5 calon PRK Bukit Gelugor
Sumber : Sinar Harian GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang menyenaraipendekkan lima nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei depan.
Pengerusinya Chow Kon Yeow (gambar) berkata nama calon berkenaan akan diserahkan untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat esok. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung senarai calon itu.
"Semua calon bukan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...tiada wakil rakyat dalam senarai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tukar Barang sempena sambutan Hari Bumi 2014, di Lebuh Pantai di sini hari ini.
Chow juga enggan mengulas sama ada anak mendiang Karpal Singh turut disenarai pendekkan sebagai calon PKR itu. Spekulasi hangat menyatakan anak lelaki Karpal Singh, Ramkarpal atau anak perempuannya Sangeet Kaur Deo akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Cina.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, berikutan nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas. Karpal Singh memenangi kerusi itu pada 2004 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lim Boo Chang dengan majoriti 1,261 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, Karpal Singh mempertahankan kerusi Bukit Gelugor selepas menewaskan calon BN Datuk Koay Kar Huah dengan majoriti 21,015 undi dan memenanginya lagi pada 2013 dengan majoriti lebih besar 41,778 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari pengundian untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor sementara hari pencalonan pada 12 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei. - Bernama
Ahad, 27 April 2014
Bukit Gelugor kubu kuat DAP
Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Adalah sukar bagi BN menggugat kedudukan DAP di Parlimen Bukit Gelugor memandangkan parti itu berjaya memperoleh majoriti undi selesa pada PRU13 lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata mereka berjaya meningkatkan majoriti undi sejak 2004.
“Peningkatan majoriti yang mendadak membuktikan rakyat di kawasan itu menerima baik pimpinan DAP yang diterajui oleh Karpal Singh.
“Pada 2004, Karpal berjaya memperoleh majoriti undi sebanyak
1,261 undi. Beliau terus mendapat sokongan baik apabila menang selesa dengan
majoriti besar iaitu 42,706 undi pada PRU13 lalu,” katanya, semalam.
Menurut Sivamurugan, bukan sahaja sokongan rakyat terhadap parti menjadi
faktor kemenangan DAP dalam PRK kali ini, tetapi faktor kematian Karpal
yang tragis juga boleh menarik undi simpati orang ramai.
Katanya, soal calon bukan masalah besar buat DAP kerana siapa pun yang
diletakkan, parti itu mempunyai peluang cerah.
Sivamurugan turut berpendapat adalah baik BN tidak meletakkan calon mereka kali
ini dan lebih memfokuskan sasaran untuk PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika BN tetap mahu meletakkan calon, medan PRK
kali ini boleh menjadi batu ukuran buat mereka khususnya MCA dari segi
peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.
“Di atas kertas peluang BN tipis, hanya bergantung pada bagaimana DAP mengurus
isu berbangkit,” katanya
Sabtu, 26 April 2014
Jumaat, 25 April 2014
Khamis, 24 April 2014
Rabu, 23 April 2014
Azizah: Anwar tarik diri kerana kekangan dalam RoS
Sumber : Sinar Harian PETALING JAYA - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa punca Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu ekoran kekangan yang terdapat dalam Akta Pertubuhan (ROS).
Azizah berkata, lantaran daripada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan yang lalu Anwar sekaligus terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.
"Perkara
ini berlaku (penarikan diri Anwar bertanding) calon presiden adalah ekoran
keputusan Mahkamah Rayuan lalu yang telah mensabitkan Anwar dengan
kesalahan liwat. Akibat daripada
itu,Anwar terhalang bukan sahaja untuk bertanding di Dun Kajang, bahkan tidak
boleh menerajui parti yang diasaskan oleh beliau sendiri," katanya pada
sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Azizah melahirkan rasa syukur diatas kepercayaan
ahli parti yang berterusan memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui
parti tersebut.
"Saya bersyukur kehadrat ALLAH dan berterima kasih kepada seluruh
kepimpinan dan ahli parti PKR yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya
untuk meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti," katanya.
Sementera menyentuh mengenai proses pemilihan parti pula, Azizah berkata
setakat ini beliau sangat berpuas hati dengan perjalanan tersebut.
"Saya berpuas hati dengan pengurusan penamaan calon di peringkat Pusat dan
Cabang, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita, yang berlangsung tanpa
sebarang kekecohan. Alhamdulillah," katanya lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)



















