Rabu, 30 Oktober 2013

Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS


Sumber : Harakah       JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.
Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.
  "Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100.” …..Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi.  Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini.   Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan baik. "Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan.  Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno,"  katanya.



Ahad, 27 Oktober 2013

MB: Bajet gagal imbang hutang negara

Sumber : Sinar Harian            SHAH ALAM -  Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak tiga peratus pada 2015.

Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan GST dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.

“Perbelanjaan operasi kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 dari 80.2 peratus pada tahun ini,” katanya. 

Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada  2014.

Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Tangan kanan beri, tangan kiri mintak balik !


Najib  ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata   langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula (menaikkan harga gula)  adalah  bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.                                                
Kah kah kah !!  berbelanja mewah tak apa,, asalkan tidak mengidap kencing manis !?  Begitukah nasihat Najib?  Sejak bila Najib menjadi sangat perihatin terhadap pesakit kencing manis?........ Lagi satu,, ikhlaskah apa yang Najib buat ni?  Tangan kanan hulurkan BR1M, dalam masa yang sama tangan kiri mintak balik melalui kenaikan harga petrol, dan gula ,,, belum lagi  GST -  rahimothman

Selasa, 22 Oktober 2013

Mohd Azam calun terbaik PAS

Sumber : Sinar Harian         YAN - Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat antara calon terbaik daripada lapan calon dikemukakan Pas Kedah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mohd Azam merupakan calon berkaliber dan mewarisi sifat ketokohan yang ada pada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

“Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan pengundi muda. Seperti yang kita sedia maklum bahawa undi penentu kemenangan Pas di Dun Sungai Limau adalah pengundi muda.


“Pada masa sama, beliau pernah bertugas bersama Allahyarham Azizan, maka pimpinan akar umbi juga akan turut bersama-sama dengan beliau. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan undi majoriti lebih berbanding pada PRU13 lalu,” katanya pada sidang media, selepas selesai sesi penamaan calon, semalam.    Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh memandang ringan dengan kejayaan Pas mengekalkan kemenangan kerana demokrasi yang tidak sama rata dimainkan oleh BN.

“BN akan menggunakan media yang dikuasai mereka, menggunakan jentera kerajaan termasuk juga politik wang. Kalau dalam pemilihan Umno ada politik wang, tidak mustahil juga PRK ini ada politik wang.Ini perkara biasa yang digunakan oleh BN untuk memancing undi dalam kalangan orang miskin," dakwa Hadi.    Namun katanya, Pas percaya mereka yang memberi undi kepada parti itu pada PRU13 lalu akan terus mengundi Pas.  Menurutnya, antara isu yang mungkin dimainkan oleh BN sepanjang tempoh berkempen adalah isu agama dan perkauman.

“Isu agama, penduduk di sini lebih tahu kerana mereka berpendidikan agama. Dari segi isu perkauman pula, ia sudah tidak relevan lagi sekarang kerana dunia sudah terbuka dan masyarakat saling berhubung antara satu sama lain,” katanya.