Jumaat, 11 Oktober 2013

Soi Lek beritahu Liow: Awak undur, saya undur

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata bahawa beliau sedia berundur sekiranya Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga sanggup melakukan perkara yang sama.

"Saya sedia berundur, tetapi saya mahu Liow juga sama-sama berundur," kata Chua dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur petang ini.

Chua berkata, ia merupakan satu keputusan yang menyakitkan "kerana saya telah bekerja dengannya selama empat tahun".


"Dia seorang pemimpin yang lemah, tanpa pendirian sendiri. Apabila terdapat isu besar, dia akan 'seam' (bahasa Hokkian yang bermaksud melarikan diri)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan