Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mohd Azam merupakan calon berkaliber dan mewarisi sifat ketokohan yang ada pada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
“Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan pengundi muda. Seperti yang kita sedia maklum bahawa undi penentu kemenangan Pas di Dun Sungai Limau adalah pengundi muda.
“Pada masa sama, beliau pernah bertugas bersama
Allahyarham Azizan, maka pimpinan akar umbi juga akan turut bersama-sama dengan
beliau. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan undi majoriti lebih
berbanding pada PRU13 lalu,” katanya pada sidang media, selepas selesai sesi
penamaan calon, semalam. Bagaimanapun,
Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh memandang ringan dengan kejayaan Pas mengekalkan
kemenangan kerana demokrasi yang tidak sama rata dimainkan oleh BN.
“BN akan menggunakan media yang dikuasai mereka, menggunakan jentera kerajaan termasuk juga politik wang. Kalau dalam pemilihan Umno ada politik wang, tidak mustahil juga PRK ini ada politik wang.Ini perkara biasa yang digunakan oleh BN untuk memancing undi dalam kalangan orang miskin," dakwa Hadi. Namun katanya, Pas percaya mereka yang memberi undi kepada parti itu pada PRU13 lalu akan terus mengundi Pas. Menurutnya, antara isu yang mungkin dimainkan oleh BN sepanjang tempoh berkempen adalah isu agama dan perkauman.
“Isu agama, penduduk di sini lebih tahu kerana mereka berpendidikan agama. Dari segi isu perkauman pula, ia sudah tidak relevan lagi sekarang kerana dunia sudah terbuka dan masyarakat saling berhubung antara satu sama lain,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan