Ahad, 3 Februari 2013

Awas PR !! Mahathir, Musa masih satu team,,


Sebelum ini banyak kali Musa Hasan yang juga bekas KPN ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat pro Pakatan Rakyat.  Namun di peringkat awal lagi rakyat sudah tertanya-tanya, apa sebenarnya niat dan matlamat Musa Hasan?

Kenapa beliau secara terang-terang menghentam bekas Jabatannya sendiri (PDRM) termasuk menteri yang jaga hal ehwal polis Datuk Hishamuddin Tun Husein dengan berbagai tuduhan dan dakwaan negatif.  Dan dalam masa yang sama Musa cuba berbaik-baik dengan DS Anwar?  termasuk menarik balik saman terhadapnya !?

Dan kini semakin hampir dengan PRU 13 nadanya sudah berubah !  Tiba-tiba saja beliau membidas dan menghentam pembangkang khasnya DS Anwar Ibrahim. Nampaknya suara Musa seirama dengan suara Mahathir, tetapi apa nak heran,, mereka sememangnya pernah bersama dalam satu “konspirasi fitnah maha besar 1998” untuk menjatuhkan Anwar 13 tahun dulu.  Jelas tindak tanduk Musa hari ini ada udang disebalik mi…..
Ini diantara kenyataan-kenyataan Musa,,,,, “Pemimpin pembangkang sudah memulakan budaya huruhara dengan memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan Negara… Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan. Mengenai musuh halimunan ini, ia sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini”  katanya.                                                            

Bekas Ketua Polis Negara ini juga mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.   Ish,  ish !!  semakin kartun pulak kenyataan mantan KPN ini. Berpuluh-puluh tahun pembangkang berjuang untuk hapuskan ISA yang terbukti sangat zalim, apa ke jadahnya nak dihidupkan semula?

Kelmarin pula, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa nanti.  Ha, ha !  ini satu lagi kenyataan kartun! Mereka yang ghairah memasukkan musuh politik kedalam penjara ISA selama ini,, tut-tut, tuduh pula PR juga mahu melakukan benda yang sama. Mustahil kan?... Pembohong dan pembelit betul Mahathir ni!

Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan buat jika berkuasa ialah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan….  Kah, kah!  kah !!   Begitulah takutnya seorang diktator yang bermaharajalela satu ketika dulu.  Risau benar manusia pembelit dan pengkhianat bernama Mahathir anak Kutty ini !!   Barangkali Mahathir sudah terasa yang dirinya akan ditangkap oleh kerajaan pimpinan Anwar tak lama lagi, ,,  Dia ingat orang lain pun jahat dan zalim macam dia. -  rahimothman




Sabtu, 2 Februari 2013

Gugur ahli Majlis Syura’ agak terlewat,,tapi belum terlambat!

 
Tindakan menggugurkan Ustaz Nasha dari ahli Majlis Syura’ walaupun agak terlewat tetapi masih belum terlambat.  Hobi Ustaz Nasha suka ikut PM Najib keluar negara itu tak salah!  Tak kisahlah sama ada Ustaz Nasha bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong atau Najib yang tergila-gilakannya,, tetapi yang menghairankan kita khasnya seluruh jemaah PAS ialah,, kenapa Ustaz Nasha tidak memaklumkan atau  meminta izin terlebih dahulu dari pemimpin tertinggi PAS?.                                                                                                                                                                               Kalau buat kerja secara senyap-senyap sudah tentu ada perkara lain yang nak disembunyikan!  Tindakan Ustaz Nasha itu itu sebenarnya boleh mengundang fitnah dan parti akan menerima bahananya. Tidak mustahil rahsia-rahsia penting parti akan dibocorkan oleh Ustaz Nasha !   Al maklum,, hubungan Ustaz Nasha dengan PAS ibarat pinggan retak seribu. Umum mengetahui bahawa yang mencari retak ialah Ustaz Nasha sendiri,, bukan PAS !  Namun, apa-apa pun ini bukanlah perkara pelik!  Dalam seribu ahli PAS, tidak mustahil ada satu yang sumbeng atau bersikap cacamarba. Barangkali mereka ini begitu ghairah dengan keuntungan jangka pendek. Keburukan dan dosa Umno selama 55 tahun boleh ditutup hanya dengan sedikit habuan!!

Berbalik kepada keakraban 2N ini (Nasha & Najib). Pemimpin PAS menyedari tindak-tanduk Ustaz Nasha hanya dari laporan akhbar.  Nasarudin yang semakin hari semakin rapat dengan pemimpin tertinggi Umno tanpa restu atau dimaklumkan kepada pemimpin PAS pasti ini membimbangkan. Samalah juga kalau Ahmad Maslan ketua penerangan Umno buat tak kisah dengan partinya Umno,, lalu berbaik-baik pula dengan Anwar Ibrahim pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat,, apakah Najib boleh senang hati? dan tidur lena?                                                                                         
                                                         Dalam melayani feel dan kerenah Ustaz Nasha ini kalau PAS masih menyimpannya samalah macam mendukung biawak hidup. Samalah dengan menyimpan sebiji bom lama peninggalan perang Jepun British dulu,, tak mustahil, bila-bila masa boleh meletup !   Elok sangatlah PAS bebaskanlah dia,, PAS tak rugi dan Umno pun seuntung mana !   - rahimothman


Jumaat, 1 Februari 2013

Terbukti 55 Tahun gagal,, ada hati Najib nak mintak mandat lagi


“BN akan beri khidmat lebih baik jika diberi mandat lagi pada PRU 13 akan datang.”  Demikian harapan dan permintaan Najib kepada rakyat  semasa lawatannya ke Kedah kelmarin.  Beliau berkata hanya BN yang dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara.  
                            
"Kita dapat buat perubahan terancang, orang yakin dengan kita. Bila ada pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat.

Ha, ha, ha !! betul sangat lah tu !  Bantuan, bantuan juga,,, temolok sendiri kalian tak lupa!  Ibarat perompak mengagih wang RM100.   Satu untuk engkau,  dua untuk aku!    Samalah dengan Umno,, apabila ada bantuan atau projek,  10 bahagian untuk rakyat,,  90 bahagian untuk diri sendiri dan kroni.  Mari kita dengar apa lagi kata Najib,,,,,,,

"Kita bagi BR1M, bantuan persekolahan anak-anak, untuk pelajar universiti... itu setakat ini... Kita boleh buat lebih lagi pada masa depan kalau dapat mandat rakyat,"  katanya ketika berucap sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini untuk lawatan sehari di Kedah hari ini.                                                  

Sedar wahai Najib!  Kerajaan PR mampu memberikan dua puluh kali lebih baik dari apa yang UmnoBn beri tanpa mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa!  Sudahlah! Cukup-cukuplah tu!  Janganlah memberi janji-janji manis lagi kepada rakyat.                                                                                                                                                         Kalian sebenarnya gagal mentadbir Negara ini dengan baik, terutama sekali, kalian telah gagal memaju dan menaikkan imej bangsa Melayu. Mengikut pandangan penulis,  kalau nak diukur kejayaan sebenar kerajaan UmnoBn selama 55 tahun,  ia tidak melebihi 45%,,,Dengan tahap kejayaan cuma 45%, Umno yang sentiasa besar kepala tetap membangga diri!!  “kamilah pembela bangsa Melayu”  dan mereka buat-buat tak nampak apa kesalahan dan kesilapan mereka selama ini.                                                                                                                                                                  Ini sebab-sebabnya kenapa kerajaan Umno gagal!                                                                           1. Pemimpin UmnoBn tamak, tidak jujur dan tidak ikhlas      2. Pemimpin UmnoBn mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa      3. Pemimpin UmnoBn sentiasa merebut peluang merompak khazanah Negara semahu-mahunya untuk kepentingan peribadi dan kroni.                                                                                                                                                           Kepada Najib dan seluruh pemimpin Umno!!  Buatlah apa pun!  Pusinglah satu Malaysia untuk meminta simpati rakyat!  Orang Melayu dan rakyat Malaysia ‘amnya sudah semakin cerdik.  Sudah 12 kali PRU diadakan,,,bermakna sudah 12 kali rakyat ditipu dan dipermainkan!  Takkan lah mereka mahu membenarkan perompak berlesen ini merompak mereka untuk kali yang ke-13?  - rahimothman