Sebelum ini banyak kali Musa Hasan yang juga bekas KPN
ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersifat pro Pakatan Rakyat. Namun di peringkat awal lagi rakyat sudah
tertanya-tanya, apa sebenarnya niat dan matlamat Musa Hasan?
Kenapa beliau secara terang-terang menghentam bekas
Jabatannya sendiri (PDRM) termasuk menteri yang jaga hal ehwal polis Datuk Hishamuddin
Tun Husein dengan berbagai tuduhan dan dakwaan negatif. Dan dalam masa yang sama Musa cuba
berbaik-baik dengan DS Anwar? termasuk
menarik balik saman terhadapnya !?
Dan kini semakin hampir dengan PRU 13 nadanya sudah
berubah ! Tiba-tiba saja beliau membidas
dan menghentam pembangkang khasnya DS Anwar Ibrahim. Nampaknya suara Musa
seirama dengan suara Mahathir, tetapi apa nak heran,, mereka sememangnya pernah
bersama dalam satu “konspirasi fitnah maha besar 1998” untuk menjatuhkan Anwar 13
tahun dulu. Jelas tindak tanduk Musa
hari ini ada udang disebalik mi…..
Ini diantara
kenyataan-kenyataan Musa,,,,, “Pemimpin pembangkang sudah memulakan budaya
huruhara dengan memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan Negara…
Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam,
melalui musuh yang halimunan. Mengenai musuh halimunan ini, ia sukar dikesan
kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini” katanya.
Bekas Ketua Polis Negara ini juga mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Ish, ish !! semakin kartun pulak kenyataan mantan KPN ini. Berpuluh-puluh tahun pembangkang berjuang untuk hapuskan ISA yang terbukti sangat zalim, apa ke jadahnya nak dihidupkan semula?
Kelmarin pula, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa nanti. Ha, ha ! ini satu lagi kenyataan kartun! Mereka yang ghairah memasukkan musuh politik kedalam penjara ISA selama ini,, tut-tut, tuduh pula PR juga mahu melakukan benda yang sama. Mustahil kan?... Pembohong dan pembelit betul Mahathir ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan