Ahad, 17 Februari 2013

Peminpin bengap yang suka cakap perkara basi


Noh Omar,,  Ahli Parlimen Umno dari Kuala Selangor ini  walaupun  menjawat jawatan Menteri Asas Tani, tetapi kalau bercakap sesuatu isu sering menggambarkan kerendahan mentalitinya. Di ajak berdebat langsung dia tak berani,, , 2x5 dengan Najib. Bila berhujjah tak ada point atau out of point. Lebih tepat,  beliau ni suka mengulang-ulang cerita basi atau cerita lapok yang dah tak laku. Orang sudah bercakap hal-hal angkasa lepas, dia masih bercakap isu-isu di bawah tempurung.

Antara perkara yang selalu disebutnya ialah  meminta Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat padahal perkara itu dah tak relevan lagi.  Sekarang ini tindakan Karpal Singh yang beriya-iya menyokong DS Anwar menjadi PM,,, dikatanya Karpal ada motif,,  

Hoi!, Pak Noh!!  Memang le ada motif. Semua pemimpin Pakatan Rakyat yang sokong Anwar jadi PM ada motif, iaitu motif bersama  untuk menumbangkan BN.  Pemimpin-pemimpin Pakatan bersama rakyat sudah muak dan serik dengan kesombongan dan keangkuhan kerajaan BN.  Menyokong BN bermakna mengizinkan Umno terus menggelumangi rasuah, zalim dan menindas rakyat.  rahimothman








Tiada ulasan:

Catat Ulasan