Selain
kegagalan Najib menangani isu
ekonomi,,, isu rasuah, penyalahgunaan
kuasa dan pelbagai skandal yang
menyelubungi Najib dan keluarga adalah antara isu-isu utama yang tidak
menyenangkan masyarakat Cina terhadap kepimpinan beliau dan kerajaan BN hari
ini.Sikap berdiam diri Najib terhadap isu-isu yang dibangkitkan menambahkan
lagi kesangsian mereka terhadap beliau.
Sikap penolakan pengundi Cina memang
mempunyai asas yang kukuh. Mereka inginkan pemimpin dan kerajaan yang baik,
yang perihatin dan yang dan yang sentiasa mengutamakan rakyat. Mereka juga menolak
pemberian atau bantuan saat-saat ahkir yang bersifat rasuah politik sebagaimana yang
dilakukan oleh Najib. Jawapan
"No" kepada BN yang dilaungkan oleh masyarakat Cina Pulau Pinang baru-baru
ini memberi isyarat jelas mengenai pemikiran dan pendirian mereka dalam PRU 13
nanti.
Trend trend pengundi Cina di Pulau Pinang sebenarnya menggambarkan tren mereka di seluruh Negara. Dengan PRU 13 yang sudah semakin dekat rasanyanya tiada apa yang boleh dilakukan oleh Najib lagi untuk mengubah pendirian mereka. Dengan kedudukan pengundi Melayu berpecah dua, BN mengharapkan hanya pengundi Cina sajalah yang jadi penentu, seperti yang terbukti dalam beberapa pilihanraya umum yang lalu. Kemenangan BN banyak disumbang oleh pengundi Cina yang masih setia pada BN ketika itu. Pilihanraya 2008 pula merupakan permulaan penolakan pengundi Cina terhadap BN.
Pengundi Cina begitu yakin dan percaya bahawa perubahan besar mampu dilakukan oleh kerajaan baru PAKATAN RAKYAT. Kejayaan di Pulau Pinang cukup menjadi bukti. Dengan sebuah kerajaan negeri yang kecil saja mereka sudah dapat banyak perubahan, sudah tentu mereka tidak ragu-ragu untuk melakukan perubahan secara total apabila pertukaran kerajaan juga berlaku di peringkat pusat.
Harapan Najib begitu tinggi menggunung untuk
menjadikan sambutan perayaan tahun baru Cina kali ini sebagai medan mendapatkan lonjakan sokongan daripada
pengundi Cina, tetapi berjayakah Najib? Agak sukar,
sebagaimana yang terjadi di Pulau Pinang baru-baru ini. Membawa masuk
penyanyi K-pop Psy dari Korea juga nampaknya
tak memberi pulangan. Yang pasti
ialah kerugian jutaan ringgit. Ikhtiar
sudah, usaha sudah!,, berdoa dan
bertawakkal sajalah Najib!! Dan jangan lupa bersiap-siap apa yang patut
untuk meninggalkan Seri Perdana. - rahimothman
Trend trend pengundi Cina di Pulau Pinang sebenarnya menggambarkan tren mereka di seluruh Negara. Dengan PRU 13 yang sudah semakin dekat rasanyanya tiada apa yang boleh dilakukan oleh Najib lagi untuk mengubah pendirian mereka. Dengan kedudukan pengundi Melayu berpecah dua, BN mengharapkan hanya pengundi Cina sajalah yang jadi penentu, seperti yang terbukti dalam beberapa pilihanraya umum yang lalu. Kemenangan BN banyak disumbang oleh pengundi Cina yang masih setia pada BN ketika itu. Pilihanraya 2008 pula merupakan permulaan penolakan pengundi Cina terhadap BN.
Pengundi Cina begitu yakin dan percaya bahawa perubahan besar mampu dilakukan oleh kerajaan baru PAKATAN RAKYAT. Kejayaan di Pulau Pinang cukup menjadi bukti. Dengan sebuah kerajaan negeri yang kecil saja mereka sudah dapat banyak perubahan, sudah tentu mereka tidak ragu-ragu untuk melakukan perubahan secara total apabila pertukaran kerajaan juga berlaku di peringkat pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan