Selasa, 5 Februari 2013

Ustaz Nasha mahu PAS bergerak sendiri tanpa PR?


"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu.  Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain”  katanya.

Pendirian Ustaz Nasha dengan Dr Hasan Ali nampaknya tidak jauh berbeza. Kedua-duanya menentang kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) Duhai Ustaz Nasharudin Mat Isa !   Sedarlah!... diri tu baru setahun jagong dalam PAS. Janganlah cuba menidakkan ketokohan  TG Haji  Hadi dan TGNik Aziz yang sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka sudah cukup masak dalam menentukan halatuju PAS,, cuma kamu saja yang degil, buat-buat tak faham dan sanggup menongkah arus.  
 
Umno yang memiliki ahli lebih 1 juta pun tak berani dan tak yakin boleh  memerintah Negara ini bersendirian, apakah Ustaz Nasha begitu yakin PAS boleh berjalan dengan sendiri tanpa mendapat kerjasama parti-parti lain? Angkuh dan sombong betul ahli PAS yang sorang ni. Perubahan sikapnya begitu ketara setelah terlepas jawatan penting yang dipegangnya dalam PAS.  Hari ini beliau seolah-olah sudah buta  mata dan hati !  Kemungkaran dan kemunafikan pemimpin Umno yang melambak didepan mata dia dah tak nampak. Sayang dan yakinnya pada Umno masih ada rupanya!  maka sebab itu peluang untuk mendampingi Najib tidak dilepaskannya!.  -  rahimothman




1 ulasan:

  1. Apa maksud saudara Nasha ni Pas bergerak sendiri.Saya harap Nasha fikirlah masak-masak. Sedangkan Nasha sendiri pun tak dapat bergerak tanpa pertolongan orang lain.Saya Berdoa agar saudara Nasha dapat berfikiran swaras-warasnya. Kemenangan telah mula menyerlah diharap di atas sedikit kudrat yang ada agar perjuangan ini dapat dijayakan. Jangan lupa rakyat sangat berharap kepada tuan.

    BalasPadam