Baru-baru ini penulis ada melihat dan mendengar satu
rakaman video mengenai “ Isu Dr Fadhilah kritik PAS dan kritik Doa KO untuk
Umno” Rakaman video itu agak kurang profersional. kerana suara dan kamera macam
tidak sehaluan - gambar curi barangkali, namun dari isi percakapannya
menggambarkan wartawan ini seorang penyokong tegar Umno. Pandangan dan pertanyaan yang dikemukakan
kepada pakar motivasi tersohor ini jelas
bersifat provokasi. Setelah
termakan provokasi maka menjawab dan mengulaslah Pakar motivasi ini persoalan
yang dikemukan oleh wartawan yang mengatakan dasar Islam PAS tidak benar dan
tidak ikhlas.
Lantas mengomenlah Dr F dengan memberi beberapa
ulasan,,.. bla, bla, bla, bla,
bla, bla …..…. Dipendekkan
cerita,, pakar motivasi ini ada berkata yang beliau amat bersetuju dengan apa
yang dikatakan oleh wartawan tentang keburukan PAS itu, seperti isu PAS dakwa dizalimi, isu pendirian PAS terhadap Palestin dan doa PAS
yang mahukan Umno KO. Dengan kenyataan
sebegitu, terserlahlah pendirian politik beliau yang dilihat condong kepada
Umno. Agaknya mungkin gambar beliau
bersama Najib di atas boleh menjelaskan !
Namun begitu, apa
peliknya Dr Fadhilah sokong Umno? Langsung tak pelik ! Memang dia ni dididik dibawah sistem
pendidikan sekular yang ditaja oleh Umno. Jarang benar ada ahli-ahli akademik
Umno yang asalnya berpendidikan sekular
boleh menerima dasar Islam yang diperjuang oleh PAS,, lihat saja Dr
Hasan Ali !! - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan