Hari ini Umno begitu takut dengan kebangkitan Pakatan
Rakyat/PR yang diketuai DS Anwar Ibrahim,
hinggakan mereka sanggup buat tuduhan kalau pembangkang kalah dalam PRU
13 nanti, Anwar akan buat huru-hara. Kenapa
begitu bodoh?,, lihat dan kajilah sejarah! Bukankah sudah 55 tahun negara ini
merdeka dan rakyat hidup aman? Bukankah
sudah 12 kali Malaysia mengadakan PRU dan boleh dikatakan 99% daripadanya
pembangkang mengalamai kekalahan, namun
tak pernah pun pembangkang mencetuskan huru-hara!.
Cuba pertahankan kuasa melalui
peristiwa berdarah? Tun Mahathir
bekas PM banyak kali mengeluarkan
kenyataan yang bersifat 'provokasi
jahat' ini. Niat mereka tak ada lain,, kecuali nak menipu dan menakut-nakutkan
rakyat. Tidak mustahil Umno memang ada niat untuk melakukannya! kerana apabila kacau-bilau berlaku, maka timbullah akta
dharurat dan dari situ persoalan agihan kuasa terpaksa dibincang semula dengan
mengambilkira banyak aspek. Inilah yang
berlaku seperti selepas peristiwa 13 Mei ’69 apabila Umno kalah teruk dalam pilihanraya. Masih
relevankah taktik ini digunapakai oleh Umno lagi?.Tak payahlah! Rakyat sudah cukup cerdik! Tuduhan yang melampau dan tidak berasas ini.elok
saja dicampak kelubang jamban.
Umno jangan berfikir secara kuno. Zaman ini ialah zaman IT, zaman dunia waras dan pemikiran manusia juga
waras. Lahirnya gabungan Pakatan Rakyat adalah dari pemikiran-pemikiran
pemimpin yang waras dan bersih. Tidak
ada istilah “huru-hara” dalam Pakatan
Rakyat. Tidak wujud langsung istilah itu
dalam kamus pembangkang yang dipimpin oleh Anwar hari ini. Perkataan huru-hara
hanya wujud dalam parti Umno yang dasar perjuangannya ialah “Asobbiyah” - sedangkan parti dalam PR tidak begitu.
Kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan Najib
selaku presiden UmnoBn, sedarlah!. Akur dan fahamilah bahawa perubahan yang
sedang berlaku hari ini adalah dengan kehendak Allah. Sepatutnya para menteri dan pemimpin UmnoBn
redha dengan keinginan rakyat untuk menukar kerajaan yang baru. Yang bersara,
bersaralah !! Pemimpin tetap datang dan
pergi. Pemerintah juga boleh bertukar ganti.
Dunia tidak akan kiamat dengan ketiadaan UmnoBn – rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan