Selasa, 12 Februari 2013

KAMI SAYANG MALAYSIA,,, bukan I love PM


Di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia sepatutnya tertanam rasa sayang kepada kepada Negara, sayangkan Malaysia.  “I love Malaysia atau We love Malaysia”,    bukan “I love PM” . Tidak wajar kita menyangi PM  tanpa mengambil kira baik buruk peribadi dan moralnya !  Satu dunia dah tahu bahawa PM kita yang bernama Najib ini peribadinya telah dipertikaikan oleh banyak pihak,,ini termasuk kaitan dengan isu jenayah, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.  Adalah tidak wajar dan tidak sesuai beliau disanjung dengan ungkapan – “ I  love PM “   Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, laungkanlah “ Saya sayang Malaysia.. atau We love Malaysia”

Akhir-akhir ini Najib seolah-olah sengaja  mengerahkan penyokong-penyokong totoknya untuk mengangkat atau mempamerkan kain rentang yang bertulis ‘I love PM’   Kita faham beliau dalam keadaan yang amat terdesak kini,  lalu mencuba berbagai-bagai cara untuk mengangkat semula imejnya yang teruk tercemar !  Tercemar pun bukan disebabkan orang lain tetapi oleh dirinya sendiri.   Dan setelah rakyat tahu siapa Najib,  wajarkah kita melaungkan “I love PM” lagi ?   tentu sekali tidak wajar !  Bersihkan dulu setiap kekotoran yang ada dalam diri dan pentadbiran !   Kata “sayang” akan datang dengan sendirinya apabila seseorang pemimpin itu bersih 100% luar dan dalam, terutama aspek peribadi dan pentadbiran. - rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan