“BN
akan beri khidmat lebih baik jika diberi mandat lagi pada PRU 13 akan datang.” Demikian harapan dan permintaan Najib kepada
rakyat semasa lawatannya ke Kedah
kelmarin. Beliau berkata hanya BN yang
dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam
sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara.
"Kita dapat buat perubahan terancang, orang yakin dengan kita. Bila ada
pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan
itu untuk memberi bantuan kepada rakyat.
Ha, ha, ha !!
betul sangat lah tu ! Bantuan, bantuan
juga,,, temolok sendiri kalian tak lupa!
Ibarat perompak mengagih wang RM100.
Satu untuk engkau, dua untuk aku! Samalah dengan Umno,, apabila ada bantuan atau
projek, 10 bahagian untuk rakyat,, 90 bahagian untuk diri sendiri dan kroni. Mari kita
dengar apa lagi kata Najib,,,,,,,
"Kita
bagi BR1M, bantuan persekolahan anak-anak, untuk pelajar universiti... itu
setakat ini... Kita boleh buat lebih lagi pada masa depan kalau dapat mandat
rakyat," katanya ketika berucap
sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini untuk lawatan
sehari di Kedah hari ini.
Sedar
wahai Najib! Kerajaan PR mampu
memberikan dua puluh kali lebih baik dari apa yang UmnoBn beri tanpa
mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa!
Sudahlah! Cukup-cukuplah tu!
Janganlah memberi janji-janji manis lagi kepada rakyat. Kalian
sebenarnya gagal mentadbir Negara ini dengan baik, terutama sekali, kalian
telah gagal memaju dan menaikkan imej bangsa Melayu. Mengikut pandangan
penulis, kalau nak diukur kejayaan
sebenar kerajaan UmnoBn selama 55 tahun,
ia tidak melebihi 45%,,,Dengan tahap kejayaan cuma 45%, Umno yang
sentiasa besar kepala tetap membangga diri!! “kamilah
pembela bangsa Melayu” dan mereka
buat-buat tak nampak apa kesalahan dan kesilapan mereka selama ini. Ini
sebab-sebabnya kenapa kerajaan Umno gagal!
1. Pemimpin UmnoBn tamak, tidak
jujur dan tidak ikhlas 2. Pemimpin UmnoBn mengamalkan rasuah dan
salahguna kuasa 3.
Pemimpin UmnoBn sentiasa merebut peluang merompak khazanah Negara semahu-mahunya
untuk kepentingan peribadi dan kroni. Kepada
Najib dan seluruh pemimpin Umno!!
Buatlah apa pun! Pusinglah satu
Malaysia untuk meminta simpati rakyat! Orang
Melayu dan rakyat Malaysia ‘amnya sudah semakin cerdik. Sudah 12 kali PRU diadakan,,,bermakna sudah
12 kali rakyat ditipu dan dipermainkan! Takkan
lah mereka mahu membenarkan perompak berlesen ini merompak mereka untuk kali
yang ke-13? - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan