Isnin, 11 Februari 2013

Mahathir kecut perut,, Najib, lunak dalam gentar !!


Ini kata-kata Mahathir yang menggambarkan ketakutan beliau seperti yang terdapat dalam entrinya -   www.chedet.cc.    Beliau menggesa kerajaan BN  mengambil serius gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia berikutan kegahirahan Anwar untuk menjadi perdana menteri……                                        “ Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang”                                Kah, kah,!  kah !!!   Kenapa Mahathir begitu takut?  Dia bukan PM lagi,  dia dah jadi rakyat biasa! Kalau Mahathir tak buat salah besar tentu dia tak takutkan apa-apa. Buat kata pepatah,, takut kerana salah berani kerana benar!  Sekarang baru kita faham,  Mahathir sebenarnya takutkan kerajaan PR,  bukan takutkan  “Arab Spring”

Ini pula komen balas Najib berhubung entri tersebut,,,,   “ PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang.     Semua pihak mesti menghormati undang-undang dan sekiranya ada yang  tidak menghormati undang-undang bererti mereka mahu mewujudkan satu keadaan yang akan memberi kesan buruk kepada negara kita.    Sekiranya PR percaya terhadap amalan demokrasi, PR tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan rakyat.     keputusan PRU13 yang akan datang perlu diterima baik oleh PR tanpa mendatangkan sebarang huru-hara.    Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan.”  Demikianlah cantik, bernas,  tegas dan lunaknya kata-kata yang keluar dari mulut Najib,,  walhal…  
                                                                                                                                                 Najib sendiri langgar dan redah undang2 serta tidak menghormati keputusan dan kehendak rakyat… seperti        1. Merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak secara ganas dan tidak sah.                         2. Membiarkan kaki-kaki pukul Umno bermaharajalela mengganggu majlis-majlis pembangkang                        3. Membiarkan rasuah dan salahguna kuasa berleluasa.                                                                                 4 .Kerajaan BN pimpinan Najib sendiri tidak mengamalkan demokrasi sebenar, kenapa tuduh PR tolak demokrasi?     
-    rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan