Sabtu, 2 Februari 2013

Gugur ahli Majlis Syura’ agak terlewat,,tapi belum terlambat!

 
Tindakan menggugurkan Ustaz Nasha dari ahli Majlis Syura’ walaupun agak terlewat tetapi masih belum terlambat.  Hobi Ustaz Nasha suka ikut PM Najib keluar negara itu tak salah!  Tak kisahlah sama ada Ustaz Nasha bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong atau Najib yang tergila-gilakannya,, tetapi yang menghairankan kita khasnya seluruh jemaah PAS ialah,, kenapa Ustaz Nasha tidak memaklumkan atau  meminta izin terlebih dahulu dari pemimpin tertinggi PAS?.                                                                                                                                                                               Kalau buat kerja secara senyap-senyap sudah tentu ada perkara lain yang nak disembunyikan!  Tindakan Ustaz Nasha itu itu sebenarnya boleh mengundang fitnah dan parti akan menerima bahananya. Tidak mustahil rahsia-rahsia penting parti akan dibocorkan oleh Ustaz Nasha !   Al maklum,, hubungan Ustaz Nasha dengan PAS ibarat pinggan retak seribu. Umum mengetahui bahawa yang mencari retak ialah Ustaz Nasha sendiri,, bukan PAS !  Namun, apa-apa pun ini bukanlah perkara pelik!  Dalam seribu ahli PAS, tidak mustahil ada satu yang sumbeng atau bersikap cacamarba. Barangkali mereka ini begitu ghairah dengan keuntungan jangka pendek. Keburukan dan dosa Umno selama 55 tahun boleh ditutup hanya dengan sedikit habuan!!

Berbalik kepada keakraban 2N ini (Nasha & Najib). Pemimpin PAS menyedari tindak-tanduk Ustaz Nasha hanya dari laporan akhbar.  Nasarudin yang semakin hari semakin rapat dengan pemimpin tertinggi Umno tanpa restu atau dimaklumkan kepada pemimpin PAS pasti ini membimbangkan. Samalah juga kalau Ahmad Maslan ketua penerangan Umno buat tak kisah dengan partinya Umno,, lalu berbaik-baik pula dengan Anwar Ibrahim pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat,, apakah Najib boleh senang hati? dan tidur lena?                                                                                         
                                                         Dalam melayani feel dan kerenah Ustaz Nasha ini kalau PAS masih menyimpannya samalah macam mendukung biawak hidup. Samalah dengan menyimpan sebiji bom lama peninggalan perang Jepun British dulu,, tak mustahil, bila-bila masa boleh meletup !   Elok sangatlah PAS bebaskanlah dia,, PAS tak rugi dan Umno pun seuntung mana !   - rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan