Khamis, 7 Februari 2013

PR mampu beri lebih dari pembangunan !


“Rakyat akan menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.   Ini terbukti melalui perubahan di Bandar Gua Musang yang semakin maju berbanding 30 tahun dahulu apabila pelbagai kemudahan dilaksanakan kerajaan BN untuk faedah rakyat”  Demikian kata Tengku Razaleigh Hamzah anggota Parlimen Gua Musang  ketika berucap pada majlis Perjumpaan Dengan Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Gua Musang semalam.

Sebenarnya ada banyak lagi aspek-aspek lain yang jauh lebih penting dari pembangunan fizikal  tetapi sengaja tidak disebut oleh Ku Li.  Menekankan aspek pembangnuan yang kadang-kadang merupakan janji kosong, . adalah sifat semula jadi pemimpin Umno dari dulu lagi.  Ku Li jangan lupa bahawa PR juga sudah membuktikan mereka boleh membawa  kemajuan di empat buah negeri.  PR mampu membawa perubahan jauh lebih besar lagi,  bukan saja untuk penduduk Gua Musang malah penduduk Malaysia ‘amnya.  Dan yang lebih penting dasar kerajaan PR sendiri yang mengutamakan integriti -   benci rasuah, benci penindasan,  benci salahguna kuasa, dan benci pembaziran, sedangkan kerajaan BN itulah yang menjadi amalan.  Perkara-perkara ini mungkin sengaja Ku Li  tidak sentuh kerana ia memperlihatkan perbezaan besar antara PR dengan BN.  Apa-apa pun,  di sini kita paparkan apakah keuntungan besar yang bakal rakyat perolehi jika menyokong PR/ Pakatan Rakyat,,,,,

1.   Mempastikan semua pemimpin PR berintegriti (jujur, amanah, ikhlas, tidak rasuah dan  tidak menyalahguna kuasa)
2.   Menjamin kedaulatan agama Islam, kedudukan bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu
3.   Menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Ilmu
4.   Mempastikan keuntungan Negara dinikmati oleh rakyat secara adil.
5.   Mempastikan tiada pembaziran dalam belanjawan Negara, namun rakyat dijamin mendapat pembangunan.
6.   Menyenangkan rakyat dengan menghapuskan tol, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga minyak dll  -
rahimothman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan