Insiden yang tak boleh dilupakan di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina
di Pulau Pinang kelmarin: Pengacara mengumumkan majlis menggaul “yee
sang” bermula,,,…. maka dengan rasa
megah dan bersemangat Najib, Rosmah, Pak Lah dan VVIP pun menggaul lah …. Tetapi tengah-tengah ghairah menggaul, pengacara buat hal,, potong stim betul !,,
Agaknya pengacara ada terima arahan dari menteri kut? Atau baru terima wahyu dari langit !!! Kalau tidak,
takkan pengacara wanita yang kelihatan syok sendiri ini tiba-tiba saja
buat pengumuman untuk menjemput PSY
(penyanyi korea) untuk bersama PM menggaul “yee sang”. Akibatnya majlis menjadi kaku dan
terhenti. Najib, Rosmah dan Pak Lah dan semua yang lain
terkedu, terpinga-pinga macam ayam
terdengar suara helang ! Aktiviti
menggaul yee shang terbantut dan tergantung!
Pengacara mengulangi pengumuman mempelawa PSY beberapa kali, namun bagaikan tidak
didengar atau dilayan oleh PSY. Habislah masa berlalu lima enam minit begitu
saja, namun PSY tak muncul muncul. Kesiaann pengacara !,, kesiann penganjur
! Yang pasti Najib dan BN dapat malu
besar,,, malu yang sengaja diundang
- rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan