Sesungguhnya
UMNO/BN amat takut menerima kenyataan bahawa mereka akan kalah dalam PRU 13 kali
ini. Kini mereka panas bontot, dan serba
tak kena, macam cacing kepanasan. Paling tidak pun rimas yang amat sangat ibarat
orang memakai baju yang penuh kemuncup. Namun pasti ada juga diantara mereka
kelihatan monyok dan murung macam lembu korban menunggu saat disembelih!
Kenapa Umno tak senang duduk?. Apa tidaknya,, sesudah 55 tahun mereka lena
dibuai kenikmatan memerintah dengan majoriti 2/3. tiba-tiba semua ini bakal
terlucut, bakal hilang ! Selama ini mereka beraya sakan, mereka enjoy, mereka memerintah negara ini dengan dengan
rakus, sombong dan zalim. Apa saja
mereka boleh buat, terutama rasuah,
salahguna
kuasa, menipu dan memperdaya rakyat..
Membolot kekayaan untuk diri sendiri dan kroni usah
cerita lah, itu paling utama. Tetapi lebih malang, mereka sanggup menyedut dan
melenyapkan saham-saham milik bumiputra yang
tak seberapa itu. Begitu juga dengan hak
istimewa orang Melayu dan tanah-tanah rizab Melayu,,Umno peralat untuk
kepentingan diri. Mereka hakis dan kikis
hanya dengan alasan pembangunan.
Sekian lama pemimpin Umno menjadi kaya-raya, hidup mewah
seperti seorang raja. Akhirnya rasa tamak untuk terus memerintah menguasai diri. Apa cara sekalipun tak kira asal kuasa dapat
dipertahankan, lalu berlakulah pengkhianatan,,dimana pemberian ic &
kerakyatan kepada warga asing dibuat dengan sewenang-wernangnya. Tujuannya tak
ada lain,, untuk menjadi pengundi hantu yang boleh memenangkan UmnoBn.
Pemberian ini cukup mudah, semudah memberi
wang BR1M kepada rakyat. Begitulah banyaknya dosa dosa-dosa besar pemimpin Umno
kepada rakyat dan Negara ini..
Maka seandainya PR memerintah sudah tentu semua
kecurangan dan penyelewengan yang pernah dibuat oleh pemimpin Umno dan segala kemewahan
yang diperolehi oleh mereka secara tidak sah selama ini akan dibongkar. Yang dituduh dan didakwa akan dibicarakan di
mahkamah. Yang bersalah tetap akan
menerima hukumannya. Inilah sebenarnya yang menakutkan pemimpin UmnoBn. Mari kita fikir-fikirkan,, apakah penjara kita cukup untuk menampung
kemasukan penghuni-penghuni baru nanti? - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan