Rabu, 6 Februari 2013

Sifat Mahathir memang begitu,,,,


Sejarah telah membuktikan,  politik yang dimainkan oleh Mahathir sejak dulu hingga sekarang bukan saja licik dan kotor, bahkan amat jijik dan meloyakan sepertimana dalam kes fitnah liwat Anwar tahun’98.

Sebelum itu Mahathir pernah mempersenda dan memperkecilkan rakan politik yang sebumbung dengannya seperti Tun Husein On, Musa Hitam, dan Ghafar Baba. Akibat perbuatan Mahathir yang cuba melaga-lagakan orang bawahnya itu akhirnya ketiga-tiga tokoh politik paling kanan itu  amat berkecil hati dan terus merajuk dalam arena politik. Selepas PRU 12  Abdullah Badawi  turut menjadi mangsa politik kotor Mahathir di mana Pak Lah dihina dan dicerca serta disuruh meletak jawatan Perdana Menteri.  

BN kalah teruk dalam PRU 12 itu kononnya disebabkan kelemahan Pak Lah, walhal ia adalah hasil kerja kotor Mahathir sebelum ini. Mahathir sendiri yang berak di tengah jalan, kemudian seorang hamba Allah terpijak najisnya lalu tergelincir jatuh !  Wajarkah Mahathir menyalahkan orang yang terjatuh itu dengan berkata dia tak pandai mengelak dari terpijak najis?   Sepatutnya Mahathir sendiri  merasa malu, senyapkan diri,, dan tak perlu berkata apa-apa!

Lempar batu sembunyi tangan,,  ini satu lagi tabiat buruk Mahathir. Dalam isu projek IC haram di Sabah,  setelah didedah di panaskan oleh pembangkang akhirnya Mahathir terpaksa mengaku yang beliau memang terlibat. Namun beliau tetap berkeras dan menegakkan benang basahnya,  lalu almarhum Tunku pula mahu dilibatkan sama.  Dan kini beliau cuba mengaitkan DS Anwar, kononnya Anwar juga terlibat dengan kes tersebut. Anwar sudah pun membuat penafian sekeras-kerasnya. 

Menurut Anwar  Jabatan pendaftaran negara tidak terletak di bawah jagaan beliau selaku TPM ketika itu.  Orang yang sepatutnya terlibat tidak lain dan tidak bukan ialah menteri-menteri yang ada kaitan dengan Jabatan Pendaftaran dan kementerian dalam negeri !  Siapa lagi kalau bukan Mahathir dan setiausahanya Aziz Shamsudin serta  Megat Junit sendiri selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Untuk meringankan  beban yang ditanggung oleh Mahathir,  seperti biasa Mahathir akan memilih untuk mengalihkan tuduhan itu kepada orang lain. Kebetulan saat dan ketika PRU 13 semakin hampir,,  maka DS Anwar lah yang menjadi sasarannya. Barangkali sudah ketentuan Allah memang begitu sifatnya Mahathir.  Beliau tidak mengira sama ada rakan politik atau musuh politik,,, apabila terdesak beliau akan membaling batu  kemudian menyorokan tangannya  -  rahimothma



1 ulasan:

  1. Dn yg paling jelas perangai mamak ni ia lh dia menganggap semua musuh politik ny sbg musuh dunia akhirat.

    BalasPadam