Isnin, 25 Februari 2013

Biadap dan tidak sportingnya pemain ini !!


Hafiz Kamal wajar dikenakan hukuman setimpal !

Inseden dapat dilihat dalam siaran langsung TV Astro. Namanya Hafiz Kamal,  seorang pemain muda Pahang yang baru saja mencipta nama apabila berjaya menanduk gol penyamaan Pahang ketika seri 1-1 bertemu Kelantan kelmarin.  Tetapi sayang,, beliau telah mengotorkan namanya sendiri, apabila dengan sengaja memijak pemain lawan. Perbuatannya yang amat tidak beretika itu telah mencemar martabat permainan bolasepak,  yang selama ini dianggap penuh seni dan disiplin, lasak dan bertaktikal disamping mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam bolasepak semestinya tidak akan  berlaku insiden memijak pemain lawan dengan sengaja sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemain muda Pahang ini. Sungguh memalukan !!  FAM bukan saja wajar tetapi wajib mengenakan hukuman yang setimpal -   rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan