Rabu, 8 Jun 2011

ARTIS INI CARI MAKAN CARA MELAMPAU

Jenerasi kelahiran Umno – gila glamur, gila hiburan,  gila keseronokan.             Terbaru – artis keluarkan video klip separa lucah! Beginikah cara artis kita cari makan?                  
     

Masih ramai artis yang menjalani hidup berlandaskan agama,  tetapi tak kurang juga yang terbabas dan terlanjur. Tentang cara berpakaian terutama artis wanita tak usah ceritalah!!. Lihat saja di Majlis-majlis Anugerah, bermacam rupa dan gaya membuatkan kelopak mata terkangkang luas !.

Apa yang amat merisaukan, apabila perangai tak sopan sesetengah artis menjadi ikutan atau idola remaja masa kini,..  maka akan bertambah hancuuur lah masa depan jenerasi muda Malaysia. Lebih mengaibkan  kerana yang rosak itu,..bangsa Melayu sendiri !         

Terbaru – isu artis keluarkan video klip separa lucah. Apa ni?  Dah lupa diri ke?  Dah lupa bangsa dan keturunan ke?.  Islam dicampak kemana??  Dah tak ada cara lain yang lebih sopan ke untuk mencari rezeki? 

Setelah isu ini menjadi perbualan hangat, pengarahnya tampil membuat kenyataan mudah menyatakan – beliau memohon maaf...   Senangnya!! pengarah ini menutup kesilapan dan kelemahannya.  Ada kah beliau ada rasa menyesal atau bersalah? Apakah beliau sedar bahawa agama melarang perbuatan sebegitu? Apakah beliau masih mahu meneruskan niat untuk memasarkan video klip separuh lucah itu? Wallahhu’alam. 

Begitu juga respon pelakun lelakinya,... Beliau berkata,  beliau hanya melakukan saja apa yang diarahkan oleh pengarah. Kalau pengarah itu menyuruh kamu mengucup bibir pelakun wanita pasangan kamu apakah kamu terus melakukannya tanpa memikirkan halal haram?  Bengap dan bangang punya pelakun !!  memberi komen dengan menggunakan akal dari kepala lutut!. Setakat itu saja kah standard atau tahap pemikiran mereka?,  Begitu rendah dan cetek sekali !!

Agaknya inilah contoh jenerasi yang dibanggakan oleh Umno!!  Inilah hasil jenerasi baru yang lahir dari sistem dan tarbiah oleh kerajaan UmnoBn . Jenerasi yang mabuk glamur dan hiburan!, Jenerasi yang khayal dengan budaya barat, jenerasi yang suka hidup bebas tak kira jantan betina. Jenerasi yang menganggap air setan (bir halal!!??) sebagai teman biasa !!

Kepada para artis dan remaja Melayu amnya - Insaflah! berubahlah !! Buatlah sesuatu itu melalui jalan yang diredhai Allah !  Semoga Allah melindungi hamba-hambamu yang taat. dan jauhkanlah kami dari seksaan api neraka!

Oleh : rahimothman


                                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan