Isnin, 6 Jun 2011

UMNO TAKUT PAS, Utusan laksana tanggung jawab

Selepas Muktamar PAS 2011, suhu badan Umno naik mendadak.
Umno diserang demam panas.
Utusan pula menyajikan tajuk berita yang jahat dan mengelirukan


Umno semakin rimas dan panas buntut!  berikutan terpilihnya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.  Rasa tak selesa dan gatal telah naik keseluruh badan. Ini ditambah pula dek kerana kurap ditubuh Umno  semakin membesar dan pekung di dada kian membusuk. Nafas Umno semakin sesak dan semput, tinggal nyawa-nyawa ikan.
Umno dapat merasa dirinya semakin kecil dan menunggu masa saja ditelan gelombang besar.

PAS pula semakin mendapat tempat dihati rakyat. Keputusan pemilihan semalam amat meyakinkan.  PAS terbukti telah menjadi salah satu dari tiang seri dalam Pakatan Rakyat.
Persefahaman dan keserasian PAS dengan DAP semakin kukuh dan mantab. Keakraban PAS dengan PKR terbukti cukup luhur!  Ini membuat Umno tak boleh tidur, tak lalu makan dan tak larat mandi !   Ia boleh jadi gila..

Jestru apa saja cerita mengenai PAS dan perkembangannya, Umno mesti kutuk, Umno mesti cemuh! Umno mesti perlekeh.  PAS tak heran pun!  kerana perlekehan oleh Umno sama macam anjing menyalak bukit!!   Seumur hidup PAS belum pernah pun Umno mengiktiraf kebaikan yang cuba di bawa oleh PAS.  Maka kalau UMNO memuji  keluhuran pimpinan dan dasar PAS,  itu bukanlah Umno namanya!

Kenapa Umno mahu kutuk !, mahu cemuh!  dan mahu perlekeh PAS?
Kerana  - PAS mahu bawa roh Islam dan tak mahu join Umno minum arak dan judi.
Kerana  - PAS mahu jadi pemimpin baik dan tak mahu makan rasuah macam Umno.
Kerana  - PAS mahu jadikan rakyat Malaysia insan terpuji tidak munafik macam Umno  Kerana  - PAS mahu jadikan Malaysia kerajaan yang adil, tidak zalim macam Umno.

Terima kasih UMNO,  terima kasih Utusan Beritaharian !!.. kerana segala komen, kutukan dan cemuhan anda telah memberi publisiti percuma kepada PAS. Mudah-mudahan Allah akan terus melindungi orang-orang yang baik dan memberi kemenangan kepada PAS.  Insyaallah!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan