Ahad, 5 Jun 2011

PAS BERUBAH : rakyat untung Umno rugi !!



Muktamar PAS sudah pun berlangsung. Perkembangan terbaru selepas selesai Pemilihan 2011 semalam  memang amat dinanti-nanti oleh oleh majoriti keseluruhan peminat dan penyokong PAS.  Kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden sangat diharap dan sudah diduga. Rakyat umum khasnya penyokong-penyokong PAS sudah lama mahukan perubahan !!  dan InsyaAllah ia kan berlaku !

UMNO seperti yang dijangka kini menjadi resah dan gelisah !  Gandingan Tuan Guru Haji Hadi bersama Timbalannya Mat Sabu disamping tiga naib presidennya yang mantab pasti menjadikan PAS lebih berani, tegas, kukuh dan berbisa. Sekali gus imej dan kekuatan Pakatan Rakyat akan melonjak beberapa tapak lagi.

Satu lagi ialah tentang Negara berkebajikan. Walaupun ia bukan perkara baru kerana sebelum ini pun ia pernah diwar-warkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat tetapi bertitik tolak dari Muktamar 2011 ini PAS bukan saja mahu meng highlightkannya bahkan  bersungguh  mahu merealisasikannya. Slogan ciptaan Umno rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan  telah banyak menipu rakyat sebenarnya.  

Berita Harian Laksanakan Tugasnya
Berita Harian akhbar tunggangan Umno seperti biasa,  tidak senang duduk jika tidak membuat laporan yang negatif terhadap apa saja perkembangan parti PAS. Jestru kemenangan Mat Sabu telah digambarkan sebagai tanda perpecahan dalam PAS.    Mari baca laporan berita Harian di bawah,…

Oleh : rahimothman


Anwarisme tentukan hala tuju PAS
Oleh Rohaniza Idris
bhnews@bharian.com.my



DARI KIRI; Datuk Haron Din, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuang undi pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Taman Melewar. - Foto Sairien Nafis

Mat Sabu pecah dominasi ulama jawatan nombor dua

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

“Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

“Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai ‘kacau daun’ menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun,” katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.
“Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua,” katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan