Tetapi soalnya wajarkah rakyat dipaksa menerima sesuatu yang
tidak bersih Atau dengan bahasa mudahnya menerima makanan yang tidak halal?
Apakah tuanku YDP Agong tidak mngetahui hakikat cerita sebenar disebalik PRU
ini? .. atau apakah mungkin baginda telah dibohongi atau telah diperbodohkan
oleh pihak yang berkepentingan?
Kepada semua yang terlibat,, sedarlah bahawa parlimen bukanlah milik individu sama ada PM, Speaker Dewan, menteri mahupun YDP Agong sendiri. Sesungguhnya parlimen adalah milik rakyat. Parlimen adalah bebas untuk membahas apa sahaja isu-isu besar yang melibatkan rakyat dan negara. Sebab itulah Perkara 63 Perlembagaan memberi imuniti kepada ahli parlimen untuk membahaskan apa sahaja yang berhubungkait dengan kepentingan rakyat. Penipuan yang didakwa berlaku dalam dalam PRU 13 seolah-olah mahu menjaga kepentingan BN dan SPR sendiri, bukan kepentingan rakyat. Maka salahkah kalau rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU 13 yang terbukti banyak penipuan itu? Nasihat Agong wajar dipatuhi hanya setelah mahkamah membuat keputusan,, bukan sekarang - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan