Sabtu, 29 Jun 2013

Pembekal dakwat kekal tak boleh didedah atas sebab keselamatan?

Kesediaan pembangkang untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah di parlimen batu-baru ini adalah merupakan tindakan yang tepat. Barangkali satu kesilapan besar andainya pembangkang memboikotnya kerana di situlah ruang dan peluang untuk mendedah atau bertanyakan sesuatu isu-isu panas. Disedari atau tidak,, mahu atau tidak, kini hampir keseluruhan batang tubuh SPR tertelanjang dengan sendirinya.  
 
Tembelang mereka semakin jelas.  Penipuan, keburukan dan kepincangan mereka dalam PRU 13 yang lalu semakin terserlah, walaupun belum seratus peratus!  Sehubungan itu Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib benar dikenakan tindakan dan meletak jawatan kerana kebodohan mereka dalam membuat beberapa keputusan penting. 

Mari kita lihat satu dari babak-babak penting yang berlaku di parlimen kelmarin.  Apabila didesak oleh Pembangkang syarikat mana  yang membekalkan dakwat yang kononnya berperisa makanan itu, ada menteri menjawab bahawa nama syarikat pembekal bahan tersebut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. 

Wow !  dasyat !...tak lojik langsung,, semakin lucu pula jadinya.. Selama ini pembelian  senjata perang termasuk kapal selam pun tidak menjadi rahsia,, apa jadahnya pembekal dakwat (berperisa makanan) mahu dirahsiakan?  Apa kena mengena dengan isu keselamatan?  Keselamatan siapa yang mereka nak jaga? Ish, ish, ish !!  Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ni. -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan