PETALING JAYA - PR tidak perlu melayan cadangan ketua
puteri Umno supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi peluang mengetuai
pembangkang susulan tindakannya memboikot Majlis Taklimat Parlimen
kelmarin.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Umno-BN tidak berhak mencampuri hal tersebut susulan pemilihan jawatan ketua pembangkang itu perlu mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat nanti.

"Saya rasa kenyataan itu
kebudak-budakan yang tidak padan dengan kedudukan seorang ketua puteri Umno. Lagi pun dia perlu jaga soal dalaman Umno dulu, yang lagi banyak bergolak ialah
soal dalaman Umno. Siapa yang kita
lantik sebagai ketua Parlimen PR di Dewan Rakyat nanti, adalah keputusan yang
dibuat oleh ketiga-tiga parti dan wakil rakyat kita, tidak ada kena mengena
dengan dia," katanya kepada Sinar
Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin supaya pembangkang melantik ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sebagai ketua pembangkang susulan tindakannya yang menghadiri majlis taklimat tersebut sekali gus dilihat lebih bertanggungjawab. Teck Hwa kelmarin satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya.
Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya, DAP kerana hadir ke majlis itu dan tidak meneliti mesej dan arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukannya. Tindakan Teck Hwa itu mendapat pujian banyak pihak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan