Jumaat, 7 Mac 2014

Calon ganti Anwar, Rafizi enggan komen


Sumber : Sinar Harian              SHAH ALAM – Terdapat desas-desus Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini, jika Ketua Pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding berikutan kes mahkamah, tetapi Rafizi pilih untuk tidak memberi apa-apa komen.

"Saya tak nak komen. Saya tak ada komen mengenai desas-desus itu.  Tunggu lah hari penamaan calon (pada 11 Mac) nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan PKR mempunyai senarai calon yang bakal mengambil tempat sebagai calon di PRK Dun Kajang jika Anwar tidak layak menjadi calon.  Mahkamah rayuan hari ini sabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara dan mengenakan jaminan RM10,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Kajang pada 23 Mac, manakala tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan