Selasa, 25 Mac 2014

Saifuddin Nasution dihalang masuk Sarawak


Sumber : Sinar Harian       SHAH ALAM - PKR pagi ini dikejutkan dengan berita bahawa setiausaha agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihalang memasuki Sarawak. Beliau tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen PRK Balingian.

“Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak,” jelas Pengarah Komunikasi PRK, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan.  Sehubungan itu, PKR katanya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik itu.

“Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan