Rabu, 5 Mac 2014

HASSAN JATI UMPAMA HANTU TIDAK BERTUAN


Sumber : Wfauzdin  -      "BILA aku mimpi saja, kau datang.  Aku mimpi saja kau datang....." (Dialog Filem Labu-Labi).  Bila Pilihanraya saja kau muncul, bila pilihanraya saja, kau muncul.  Itulah dia Hassan Jati.  Sudah lama menjadi bisu semenjak Umno/Bn gagal perolehi 2/3 majoriti di dalam Parlimen bahkan hilang 7 Kerusi Parlimen kepada PR.

Kali ini Hassan Jati muncul lagi kerana ada PRK di Dun Kajang.  Beliau bertambah tercabar bila yang datang ke Kajang itu adalah Anwar.  Anwar musuh Nombor Wahid buat Hassan Jati, sebab itulah sewaktu keputusan Mahkamah Jalan Duta di dalam kes fitnah Liwat II terhadap Anwar dulu, semua pimpinan PR termasuk PAS bersetuju untuk hadir beri sokongan moral kepada Anwar, kecuali Hassan Jati.   Waktu itu beliau masih ahli PAS dan secara terbuka mengajak ahli-ahli PAS jangan sertai himpunan sokongan terhadap Anwar.  Alhamdulillah, tidak ramai yang yang termakan hasutan ejen Syaitan dikenali.

Hati siapa tidak sakit bila ramai yang menyokong Anwar waktu itu dan tidak memperdulikan nasihat beliau sebagai Pakar Motivasi?  Mereka yang hadir menyokong Anwar waktu itu bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi mereka tahu kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar melampau batasan.  Kita juga beri sokongan kepada mangsa-mangsa kezaliman yang lain seperti Teoh Beng Hock, Kugan dan sebagainya.  Ertinya tiada istilah taksub pada Anwar pun.

Bila Anwar dirasakan melakukan perkara yang silap, bukan sedikit yang menegurnya.  Begitu juga jika Presiden PAS sendiri lakukan kesilapan ada yang menegur.  Itulah hebatnya kita di dalam PR.  Berbeza dengan Umno/Bn.  Hassan Jati berani tegur Najib?  Mahu tegur Rosmah pun tergagap-gagap Pakar Motivasi ini.  Silap-silap Rosmah yang 'Motibasi' kan dia.

Hassan Jati kata, undi untuk Anwar di Kajang sama dengan undi rosakkan akidah.  Ertikata lain, undilah calon MCA dari Bn walaupun terang-terang MCA itu pernah beri amaran pada Umno agar jangan buat Hudud.  Presiden MCA dulu, Chua Soi Lek pun beberapa kali hina hukum Islam.  Tapi bagi Hassan Jati, itu tiada masalah asalkan jangan sokong Anwar.  Ini lah wajah sebenar Hassan Jati yang di dalam hatinya terdapat seketul daging yang teramat busuk.  Memang wajar PAS buang insan sebusuk ini daripada disimpan kerana akhirnya nama PAS pun akan turut tercemar dengan kuman yang dibawa oleh Hassan Jati ini.

Umpama Hantu tidak bertuan.  Umno tidak ingin bela Hassan Jati.  PAS sudah buang.  Mahu masuk PERKASA pun dia tahu martabat dia akan jatuh jika berada bawah ketiak Ibrahim Alkataki.  Kalau jadi bos, mungkin dia teringin.  Mahu sertai TIBAI, lagi lah Hassan Jati merasa getik (geli) duduk bawah kelangkang "Mur Shit Am" nya iaitu Zahid Md Arip.  Mahu sertai PKR, alamak....malu beb!!!  Lagi pun PKR lebih rela bela anjing daripada bela Hassan Jati sebab anjing pun kalau dia gigit orang mesti ada sebab.  
Akhirnya jadi lah Hantu tidak bertuan.  Bila Hantu tiada tuan, bertambah jahat lah jadinya.  Ke hulu ke hilir cari mangsa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan