Sumber
: Sinar Harian KAJANG - Setelah lapan hari operasi
mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MAS MH370 yang gagal dikesan sejak
Sabtu, kerajaan didakwa cuba mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden
tersebut.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, kerajaan
pusat cuba mencari alasan lain termasuk menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
PKR terlibat dalam insiden tersebut. "Saya
fikir mereka tiada modal, tindakan itu tidak wajar menuduh dengan
sewenang-wenangnya”.
"Jika seorang penyokong PKR itu bersalah, maknanya ramai
lagi penyokong PKR dalam jentera kerajaan, guru, polis dan agensi kerajaan lain
yang bersalah," katanya kepada Sinar Harian Online di Balai Raya Awam, Kg
Sg Kantan, di sini, hari ini. Mengulas
lanjut, beliau berkata kerajaan sepatutnya mampu mendapatkan maklumat tentang
pesawat misteri itu kerana mereka mempunyai kelengkapan canggih dan agensi
risikan tempatan yang diiktiraf dunia.
"Sepatutnya mereka boleh mendapatkan satu jawapan itu, tak payah mereka
menuding jari kepada orang lain," katanya.
Malah Muhammad juga menyifatkan tindakan kerajaan BN sebagai tidak adil
apabila serbuan ke atas kediaman Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam itu didakwa
kerana beliau adalah penyokong tegar PKR.
"Kalau setakat menyiasat tak apalah, tetapi tanpa mempunyai bukti kalau
hendak dikaitkan dengan parti dan Datuk Seri Anwar, saya fikir itu tidak
adil," katanya lagi. Semalam,
polis menyerbu rumah juruterbang pesawat MH370 selepas pengesahan Datuk Seri
Najib Razak pesawat itu secara sengaja ditukar haluannya. Zaharie dikatakan mempunyai sebuah simulator
penerbangan yang besar di rumahnya di Sekysen 13, Shah Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan