Kes “Memali”
peristiwa berdarah yang telah mengorbankan 14 nyawa telah pun berlalu hampir 30
tahun lalu. Kelmarin dalam satu majlis –
Diskusi politik Malaysia, Dulu dan Sekarang ,
anjuran kerajaan Kelantan di Kota
Bharu, Bekas Timbalan Perdana Menteri
Musa Hitam telah mendedahkan fakta sebenar (membetulkan fakta) berhubung kes
Memali. Ada kejutan disebalik pengumuman itu rupanya ! Menurut beliau Perdana Menteri pada ketika itu Tun Mahathir
sebenarnya berada di Kuala Lumpur, bukan di negeri Cina seperti yang
diwar-warkan.
Astaghfirullahhilazim.. betul
ke ni? Kenapa begitu lama beliau menyimpan rahsia yang bersifat pembohongan
ini? Kenapa baru sekarang nak dedahkan? Namun apa-apa pun pujian harus diberikan
kepada Musa Hitam di atas keberaniannya walaupun sedikit terlewat. Tak kisah
lah dedah dulu atau dedah sekarang. Yang penting apa yang akan berlaku selepas
ini terhadap Mahathir, lebih-lebih lagi
waris-waris mangsa. Semoga mereka mendapat pembelaan yang sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan