Sabtu, 31 Ogos 2013
Jumaat, 30 Ogos 2013
Perkauman masih tebal, merdeka gagal direalisasi
(Sumber : Harakah) IPOH: Kemerdekaan yang
sebenar belum lagi dapat direalisasikan apabila hubungan antara pelbagai kaum
di negara ini masih belum berjaya untuk diharmonikan. Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, suasana ini berikutan
semangat perkauman masih ditanam oleh kerajaan ketika ini.
Menurutnya, semangat perkauman masih diapi-apikan oleh BN demi meraih kepentingan politik mereka.
"Kita dapat lihat sekarang, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini berikutan sikap tidak bertanggungjawab sesetengan pihak yang mengapi-apikan perkauman bagi menjayakan hasrat peribadi mereka.

Tindakan ini menggambarkan
negara ini masih belum benar-benar merdeka," katanya kepada Harakahdaily. Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu
bersama-sama berusaha untuk membuang sentimen perkauman seterusnya berganding
bahu mewujudkan sebuah negara yang aman makmur dan harmoni serta saling
bermasyarakat. Perpaduan antara kaum
ini, katanya sangat penting bagi menjadikan negara ini lebih maju. "Kami (Pakatan Rakyat) tidak ada
langsung sentimen perkauman kerana ianya adalah tidak berketepatan dengan
konsep perpaduan masyarakat dan ianya sangat dilarang oleh Allah,"
jelasnya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, rakyat juga perlu membebaskan negara ini daripada dibelenggu kejahilan. Katanya, BN sentiasa mahukan rakyat jahil dengan tidak membebaskan pemikiran mereka agar dapat terus diperdayakan dengan momokan yang tidak bertanggungjawab.
"Bebaskan negeri negara kita daripada dibelenggu kejahilan dan perkara-perkara yang tidak membebaskan kita. Pastikan negara ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berintegriti, tolak pemimpin yang rasuah dan bermasalah," jelasnya lagi.

Khamis, 29 Ogos 2013
49 pertubuhan haram,,40,000 anggota kongsi gelap
Tembak,
tembak ! tembak !! Berita orang kena
tembak datang bertalu-talu hampir saban hari !
Takut dan rimas kita mendengarnya ! Jenayah kekerasan berlaku dengan berleluasa
sekali termasuk kes tembak dan bunuh. Apa nak jadi dengan Negara kita? Polis tak cukup? Atau polis sibuk buat kerja
lain yang kurang penting?
Bukanlah sesuatu yang
mengejutkan apabila semalam pihak berwajib mendedah dan menyenaraikan sebanyak 49 pertubuhan haram wujud di Negara ini. Pihak polis juga
menganggarkan ada sejumlah 40,000 anggota
kongsi gelap berselerak di seluruh Negara. Dipercayai mereka ini terbabit dalam kegiatan
jenayah kekerasan termasuk membunuh.
Persoalannya,, kenapa
penjenayah semakin bermaharajalela?. Tidakkah PDRM berasa berdosa apabila nyawa
rakyat dengan begitu mudah diragut oleh penjenayah? Tugas polis ialah
melindungi dan menjaga keselamatan rakyat!
Bukan hanya menjaga kepentingan orang-orang tertentu saja. Bekhidmatlah dengan
ikhlas dan penuh rasa tanggung jawab. Jangan benarkan PDRM diperalat oleh
penjenayah sebagaimana yang pernah
didakwa oleh bekas anggota polis sedikit masa dulu. Menurut pesara polis tersebut, sebelum ini ada
pimpinan tertinggi dalam PDRM terlibat dengan kongsi gelap. Dah siasat ke
belum?.. siapa yang nak siasat? Takkan
polis nak siasat polis kut? - rahimothman
Rabu, 28 Ogos 2013
Di luar hari raya atau di hari raya cara UMNO tetap sama !
Lihatlah gambar
bercerita….Demi perpaduan, UMNO sanggup langgar syariah Islam. Bagi UMNO perpaduan
dalam parti lebih penting dari mentaati perintah agama ! - rahimothman
Langgan:
Catatan (Atom)