(Sumber : Harakah) IPOH: Kemerdekaan yang
sebenar belum lagi dapat direalisasikan apabila hubungan antara pelbagai kaum
di negara ini masih belum berjaya untuk diharmonikan. Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, suasana ini berikutan
semangat perkauman masih ditanam oleh kerajaan ketika ini.
Menurutnya, semangat perkauman masih diapi-apikan oleh BN demi meraih kepentingan politik mereka.
"Kita dapat lihat sekarang, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini berikutan sikap tidak bertanggungjawab sesetengan pihak yang mengapi-apikan perkauman bagi menjayakan hasrat peribadi mereka.

Tindakan ini menggambarkan
negara ini masih belum benar-benar merdeka," katanya kepada Harakahdaily. Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu
bersama-sama berusaha untuk membuang sentimen perkauman seterusnya berganding
bahu mewujudkan sebuah negara yang aman makmur dan harmoni serta saling
bermasyarakat. Perpaduan antara kaum
ini, katanya sangat penting bagi menjadikan negara ini lebih maju. "Kami (Pakatan Rakyat) tidak ada
langsung sentimen perkauman kerana ianya adalah tidak berketepatan dengan
konsep perpaduan masyarakat dan ianya sangat dilarang oleh Allah,"
jelasnya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, rakyat juga perlu membebaskan negara ini daripada dibelenggu kejahilan. Katanya, BN sentiasa mahukan rakyat jahil dengan tidak membebaskan pemikiran mereka agar dapat terus diperdayakan dengan momokan yang tidak bertanggungjawab.
"Bebaskan negeri negara kita daripada dibelenggu kejahilan dan perkara-perkara yang tidak membebaskan kita. Pastikan negara ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berintegriti, tolak pemimpin yang rasuah dan bermasalah," jelasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan