Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April lalu,, ini amat menakutkan.
Kes-kes pembunuhan biasa berlaku dan biasa kita dengar. Mangsa
pembunuhan pula tak mengenal bangsa keturunan atau pangkat. Antaranya
termasuklah rakyat marhaen, ahli perniagaan, orang politik, penjawat
awam,, bahkan KPN sendiri pernah
terkorban ditembak penjenayah. Teringat
satu kes,, di tahun 70 an dulu ,, di mana seorang individu bergelar wakil
Rakyat telah dibunuh dengan kejam,, mayatnya dikerat 16.. Kisah tersebut amat menyeram dan
menyedihkan.
Gaya pembunuhan oleh si penjenayah ada berbagai,,, antaranya mangsa dirogol sebelum dibunuh. Sesetengah pembunuhan berpunca dari balas dendam atau rompakan. Ada mangsa ditetak atau ditikam,, ada mangsa diragut secara melampau hingga menyebabkan kematian. Tak kurang juga mangsa diculik kemudian dibunuh. Ada juga mangsa yang dibunuh dan dibakar. ….. Kini penjenayah mengambil jalan lebih mudah dengan menembak mangsa,, kemudian lari. Inilah berita yang sering kita dengar sejak akhir-akhir ini…. menjadi-jadi betul !
Itu pun masih ada menteri dan pihak berwajib yang kata
Negara kita masih selamat ! rakyat tak perlu gusar dan sebagainya. Bermacam
alasan mereka berikan disebalik kejadian jenayah yang berleluasa ini. Baghal
betul ! takut benar mereka nak
menyatakan – Negara kita sekarang ini
dah tak selamat atau kurang selamat! …..
Lucu sikit bunyinya apabila baru-baru ini menteri yang menjaga hal-ehwal
KDN berkata bahawa kekerapan kejadian
jenayah akhir-akhir ini disebabkan PDRM
tak cukup peralatan dan kekurangan anggota… kah, kah kah !.. alasan yang cukup
mudah.
Sebenarnya apa yang menyebabkan kes tembak@bunuh dan lari ini semakin
menjadi-jadi ye?. Tak berapa lama dulu salah seorang bekas anggota PDRM pernah
mendedahkan bahawa pegawai tinggi dalam polis sendiri ada terlibat dengan
kumpulan geng penjenayah. Apa dah jadi dengan pendedahan itu,, kenapa tak
siasat? Tentu ada rahsia disebaliknya !! - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan