Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyambut baik cadangan Pengerusi DAP supaya kepimpinan tertinggi PR mengishtiharkan harta.
Menurutnya dalam PKR sendiri, turut menyokong usaha tersebut sejak dahulu lagi kerana yakin rakyat dapat menilai ketelusan kepimpinan tertinggi PR. “Dalam PKR sendiri kita menyokong usaha tersebut, contohnya di negeri Selangor kita telah buat dasar tersebut.
"Melalui usaha ini rakyat dapat menilai ketelusan
pemimpin PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Menyentuh hal yang sama, bagi memastikan
keputusan bersama dibuat oleh seluruh pemimpin tertinggi PR mengishtiharkan
harta, perkara ini perlu dibawa berbincang oleh Pas, PKR dan DAP.
“Bagi memastikan semua pemimpin PR mengishtiharkan harta, isu ini perlu dibawa ke meja perbincangan oleh ketiga-tiga parti dalam PR. Baru keputusan bersama dapat dibuat," katanya.
Ketika ditanya mengenai tarikh untuk mengadakan perbincangan tersebut beliau mengatakan kemungkinan akan diadakan hujung bulan ini. “Mungkin dalam dua minggu lagi,” katanya ringkas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan