Khamis, 29 Ogos 2013

49 pertubuhan haram,,40,000 anggota kongsi gelap


Tembak, tembak ! tembak !!  Berita orang kena tembak datang bertalu-talu hampir saban hari !   Takut dan rimas kita mendengarnya ! Jenayah kekerasan berlaku dengan berleluasa sekali termasuk kes tembak dan bunuh.  Apa nak jadi dengan Negara kita?  Polis tak cukup? Atau polis sibuk buat kerja lain yang kurang penting?  

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila semalam pihak berwajib mendedah dan menyenaraikan  sebanyak 49  pertubuhan haram  wujud di Negara ini. Pihak polis juga menganggarkan ada sejumlah  40,000 anggota kongsi gelap berselerak di seluruh Negara.  Dipercayai mereka ini terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan termasuk membunuh.

Persoalannya,, kenapa penjenayah semakin bermaharajalela?. Tidakkah PDRM berasa berdosa apabila nyawa rakyat dengan begitu mudah diragut oleh penjenayah? Tugas polis ialah melindungi dan menjaga keselamatan rakyat!  Bukan hanya menjaga kepentingan orang-orang tertentu saja. Bekhidmatlah dengan ikhlas dan penuh rasa tanggung jawab. Jangan benarkan PDRM diperalat oleh penjenayah  sebagaimana yang pernah didakwa oleh bekas anggota polis sedikit masa dulu.  Menurut pesara polis tersebut, sebelum ini ada pimpinan tertinggi dalam PDRM terlibat dengan kongsi gelap. Dah siasat ke belum?.. siapa yang nak siasat?  Takkan polis nak siasat polis kut?  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan