Jumaat, 9 Ogos 2013
Suraya tawar diri tanding Naib Ketua Wanita
Sumber : Sinar Harian – Ketua Wanita Umno bahagian Pendang, Suraya Yaacob antara nama yang bakal merebut jawatan tertinggi Umno yang akan dipertandingkan September ini.
Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.
“Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia,” tulisnya.
Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno. Azalina pula disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, dengan mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan