Sabtu, 30 November 2013
Berbanggakah kita pemimpin macam ni?
Lihatlah aksi pemimpin ini (gambar) … Jelas sekali beliau makan durian
dengan menggunakan sudu,, bukan tangan.
Alahai ! nampak manja ! namun
sebenar ia kelihatan amat janggal. Seumur hidup teman belum pernah lagi teman
berjumpa dengan aksi seperti ini .. makan durian dengan sudu. Amat tidak sesuai
budaya baru yang cuba dibawa oleh pemimpin ini !
Jumaat, 29 November 2013
Khamis, 28 November 2013
Wajarkah ulamak tuduh ulamak?
Teman pun tak faham kenapa
seorang yang dianggap ulamak atau agamawan begitu mudah menuduh agamawan yang lain sebagai sesat sebagaimana
yang dilakukan Mufti Kedah. Memang sesiapa pun boleh terguris hati apabila dituduh
sebegitu rupa. Inilah yang berlaku
terhadap Uztaz Asri @Dr Asri.
Masyarakat khasnya pengikut setia Dr Asri sedang tertunggu-tunggu apakah Mufti tersebut sanggup menyahut cabaran bersumpah Dr Asri disamping menunjukkan bukti yang tuduhannya itu benar? Namun reaksi awal jelas menunjukkan Mufti itu seolah-olah takut bersemuka dengan Dr.Asri setelah beliau membuat tuduhan?
Benarkah Dr Asri itu sesat kerana fahaman Wahabi seperti yang didakwanya dalam ceramahnya di Youtube? Kalaulah Dr Asri dianggap sesat kenapa pihak kerajaan tidak menahannya? Takkan lah Jawatakuasa Fatwa pun mahu membiarkan Dr Asri terus menyesatkan orang lain? - rahimothman
Rabu, 27 November 2013
Selasa, 26 November 2013
Wisma Putra akan panggil duta Singapura
Sumber
: Malaysiakini
Wisma Putra dalam proses memanggil duta Singapura bagi memohon
penjelasan mengenai dakwaan terhadap intipan republik itu terhadap Malaysia, seperti
dilaporkan media, kata timbalan perdana menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mengulas lebuh lanjut dan menyatakan perkara tersebut kerana ia dalam bidang kuasa nenteri luar.
"Kita memandang serius dakwaan (pengintipan) ini, jadi kita sudah ambil langkah (berkaitan)," kata beliau.
Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mengulas lebuh lanjut dan menyatakan perkara tersebut kerana ia dalam bidang kuasa nenteri luar.
"Kita memandang serius dakwaan (pengintipan) ini, jadi kita sudah ambil langkah (berkaitan)," kata beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)