Selasa, 30 April 2013

Kes letupan : PDRM tak mampu siasat?


 
Pada 9 Januari 2013 yang lalu satu letupan telah berlaku di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat,  tetapi mujur tiada kemalangan  jiwa berlaku.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan letupan itu dilakukan pihak tidak bertanggung jawab yang anti Anwar  atau anti Pakatan Rakyat.  Tentu ada dalang disebalik kejadian itu,, kalau tidak masakan hasil siasatan masih belum ada,, senyap sepi ! bagai pipit ditelan garuda.  

Terbaru, pada 24 April lalu satu lagi letupan berlaku berhampiran dengan bilik gerakan BN, Nibong Tebal.  Mengapa pengkhianat ini memilih Bilik Gerakan BN,, tidak PR?  Mungkin supaya mudah orang ramai menuduh yang letupan itu adalah perbuatan musuh BN @ pembangkang.   Apa-apa pun diharap,  pihak PDRM akan bertindak secara propersional,, tidak lagi mengikut telunjuk parti politik tertentu !   Andainya siasatan kes masih berakhir dengan senyap, jangan salahkan orang ramai jika PDRM dituduh cuba melindungi sesuatu. -   rahimothman

Isnin, 29 April 2013

Jangan terpedaya ugutan Najib !


NAJIB MENGUGUT RAKYAT LAGI,,,     Katanya,,….,, Jangan kerana memilih hujan sehari, hasilnya kemarau lima tahun ! Maksudnya kalau rakyat memilih PAKATAN RAKYAT, maka akan deritalah mereka untuk tempoh lima tahun akan datang !!!   Isy, isy, isy !!  bergeliganya bekas PM ni !  Otak pembelit !  Najib bukan saja mengugut,  tetapi juga nak menipu rakyat hidup-hidup.                        
Kenapa Najib buat-buat lupa  2 perkara ini  : -

1. Empat buah negeri Pakatan Rakyat sudahpun menikmati  keamanan, kestabilan dan kemajuan sejak lima tahun di bawah tadbir kerajaan PR,, Najib buta ke apa?. 
 
2. Malaysia sebuah Negara kaya,, tetapi kekayaannya dibolot oleh pemimpin UMNO.  Rakyat, usahkan kuah,, keladak pun belum tentu dapat. Bagi UMNO kuasa dan kekayaan adalah agenda nombor wahid, sebab itulah  mereka takut sangat hilang kuasa, lalu rakyat digertak! Kenapa  Najib begitu takut dengan kemarau 5 tahun, sedangkan rakyat sudahpun alami kemarau@derita selama lebih dari 55 tahun di bawah cengkaman BN? – Madah berhelah Najib tak kena tempat !.   -  rahimothman

Sabtu, 27 April 2013

Isu Lahad Datu : Jangan ada yg dikambinghitamkan !


Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.   Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.                    "Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah”  katanya.

Rakyat nak tengok lepas PRU ni, sama ada Zahid bercakap bohong atau benar. Biarlah yang ditangkap dan didakwa itu nanti  benar-benar petualang – bukan kambing hitam!  Rakyat sudah bosan dengan permainan wayang kulit yang disajikan UMNO.  -  rahimothman