Kah, kah, kah
!! tak perlulah kalian kesal dan
bersedih! Mat Taib bukannya menukar
bangsanya,, jauh sekali membuang akidah atau menukar agamanya. Dia hanya
menukar kapal ,,, menggantikan kapal lamanya yang bukan saja sudah rosak tetapi
bocor teruk,,, menuju saat saja untuk
tenggelam !
Tahniah
sekiranya bekas MB Selangor ini sudah mendapat hidayah ! Kenapa pula ada pihak yang tak senang hati? Salahkah Mat Taib ingin menghabiskan sisa-sisa
hidupnya dengan melakukan perubahan drastik dalam dirinya. Dia ingin berhijrah
sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Dia ingin meningkatkan iman dan taqwanya
kepada Allah, lalu memilih PAS. Tentu ada yang bertanya,, kenapa tidak melalui
UMNO saja? Mungkin baginya UMNO
menyediakan jalan yang berbelit-belit,, tidak lurus! Jalan dilalui UMNO terlalu kabur dan banyak
kepalsuan.
Lagi
satu,, sampai bila UMNO mahu memegang prinsip
Islam lain, politik lain ? (Islam
& politik tak boleh disatukan) Berbeza
dengan PAS yang menganggap Politik dan Islam itu bersatu - macam isi dengan
kuku dan saling memerlukan ! Maka dengan sebab itu barangkali Mat Taib
sudah dapat melihat PAS sebuah kapal yang selamat untuk dinaiki. Islam yang
diperjuangkan oleh PAS mampu membina taqwa dan membawa ahlinya menuju kebahgian
dunia dan akhirat, bahkan kesejahteraan untuk seluruh umat. Tidak siapa boleh
menyangkal bahawa Islam diturunkan Allah ke bumi ini adalah semata-mata untuk
kerahmatan seluruh alam.
Peringatan untuk
semua : Sepatutnya tak kira siapa pun, sama ada ahli
UMNO atau bukan UMNO,,,, jika Allah sudah memberi hidayah, kita terimalah ! dan syukurilah ! Bukan menyatakan rasa sedih dan kesal,,
seolah-olah kita tidak bersetuju dengan kehendak dan kuasa Allah. Tetapi kalau mereka nak kata hidayah yang
diterima oleh Mat Taib dan kemasukan beliau ke dalam PAS sebagai satu
tragedi,,, terserah !! Yang pasti ia
merupakan satu hikmah buat PAS, PR dan seluruh umat Islam. - rahimothman n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan