Sudah hampir dua tahun Najib nak bubar parlimen tapi tak
jadi-jadi. Najib dah buat macam untuk dapat semula sokongan rakyat! Rasuah
politik Najib dah buat,, buruk-burukkan
pembangkang dah buat,, tuduh pembangkang
akan buat huru-hara dah buat,, beri
janji-janji manis kepada rakyat dah buat,,
Janji tak ulangi lagi kesilapan lalu dah buat,, dan
mintak maaf dengan rakyat dah buat !
Merayu kepada rakyat mintak mandat 5 tahun lagi, pun dah buat ! Yang terkini,,, Najib cuba berjinak-jinak
dengan masjid,, berjemaah dengan rakyat (lihat gambar) Wow !,
kelihatannya Najib lain dari biasa.
Beliau berbaju Melayu berkopiah putih,, imej yang begitu popular dengan
pemimpin PAS ! Imej ini juga ialah imej
biasa bagi seorang ‘alim atau ulamak di Malaysia,, tetapi kalau Najib pakai jubah, sudah pasti
lagi menyengat !
Persoalannya,, adakah imej ini kekal atau imej 5 tahun sekali (imej musim pilihanraya). Adakah semua benda yang Najib dah buat seperti di atas boleh menyenangkan hati rakyat? Dan yang lebih penting adakah imej Najib ini boleh menutup segala keburukan dan kecurangannya pemimpin UMNO termasuk beliau sendiri? Apakah dengan imej baru ini boleh mengubah hasrat rakyat untuk menukar kerajaan BN kepada PAKATAN RAKYAT? . Kita tunggu dan lihat!,, sesungguhnya Allah sedang menguji dan rakyat sedang diuji !! - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan